Sepanjang minggu ini, kecoh dengan pasangan selebriti yang sedang meningkat naik dalam dunia perniagaan iaitu Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Mereka telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi kerjasama berhubung kes penggubahan wang haram. Siasatan dikhabarkan mengambil masa sehingga 23 jam, namun keduanya tidak ditahan reman.

SPRM melakukan siasatan berkenaan Macau Scam dan juga judi yang disyaki mencuci ratusan juta wang haram yang diraih dalam perniagaan diusahakan pasangan selebriti ini. Namun, tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan Macau Scam ini?

Masih tidak jelas mengapa ianya digelar sebagai Macau Scam. Kegiatan penipuan yang dijalankan kebiasaannya mampu mengaut keuntungan hampir ratusan juta. Modus operandi yang digunakan juga adalah pelbagai. Mangsa yang terlibat kebiasaanya tewas dengan penipuan dan bersedia untuk melakukan transaksi pembayaran.

BACA JUGA :   Anda Dinasihatkan Berwaspada Terhadap Penipuan Macau Scam

Terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk memastikan penipuan ini berjaya. Antaranya dalah seperti berikut :

  • Panggilan yang menyatakan anda telah memenangi sesuatu
  • Taktik penyamaran sebagai peguam, pegawai polis atau pegawai agensi yang menyatakan mangsa telah melakukan sesuatu yang salah
  • Mangsa mempunyai hutang kad kredit atau sebagainya dn perlu dijelaskan dengan segera
  • Taktik ugutan culik dan perlu bayar wang tebusan dengan segera

Terbaru, Polis Malaysia telah berjaya mengesan taktik terbaru yang digunakan oleh Macau Scam ini dengan memperdaya mangsa untuk muat turun aplikasi di telefon pintar. Ianya adalah jalan mudah untuk mereka mendapatkan segala maklumat peribadi kerana ia besifat seperti ‘pintu belakang’.

BACA JUGA :   Kes Macau Scam - 4 Cawangan Bubblebee Ditutup

Dalang utama Macau Scam dikatakan dimiliki oleh warganegara China namun menggunakan ejen di Malaysia untuk memperdaya masngsa di negara ini. Hal ini termasuklah menguruskan pelaburan seperti perniagaan yang berpotensi berfungsi sebagai platform untuk ‘mencuci’ wang haram mereka.

Deenamik nasihatkan, jika anda menerima panggilan yang meragukan, segera hubungi pihak polis .

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here