Sindiket Macau Scam yang giat melakukan penyamaran bagi tujuan mendapatkan sejumlah wang semakin berleluasa. Semalam seorang jurujual di sebuah pasar raya menerima panggilan palsu dan hampir kehilangan wang sebanyak RM30,000.

 

Mangsa dikenali sebagai puan Hasliza, 45 tahun, berkata menerusi panggilan yang diterima semalam, seorang yang membuat penyamaran sebagai pagawai Kastam. Beliau, Hasliza dituduh terlibat dalam penyeludupan dadah jenis syabu seberat 16 kilo gram. Malah dikatakan juga mempunyai tunggakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM16,000.

Perasaan gelisah, resah, dan takut menyelubungi diri puan Hasliza. Beliau hanya berniaga di pasar untuk mencari rezeki halal dan bukan dengan pertuduhan yang mengatakan beliau terlibat dengan penyeludupan dadah jenis syabu tersebut.

Macau Scam
gambar hiasan

Menurut laporan beliau, panggilan itu diterima pada jam 3 petang semalam ketika sedang beniaga di pasar Jerteh, Terengganu. Ketika menjawab panggilan tersebut, pemanggil itu mengatakan dia adalah seorang pegawai kastam.

Penjelasan diberikan oleh pemanggil tersebut mengenai pembelian 103 unit telefon bimbit jenama Samsung di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada tahun 2007. Tambahan itu, beliau juga dikatan mempunyai tunggakan GST.

“Apabila dikatakan seperti itu, saya tidak mengaku dan pemanggil sekali lagi menyebut butiran mengenai diri saya dan kesemuanya adalah betul. Keadaan semakin menakutkan saya ketika itu.”

Macau Scam
gambar hiasan

Setelah lama bercakap dengan pemanggil tersebut, panggilan disambungkan terus ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah. Melalui sambungan itu beliau mendapat penjelasan daripada seorang ‘inspektor’ mengenai hal yang berlaku.

Inspektor tersebut mengatakan bahawa seorang kakitangan bank, pernah menggunakan butiran maklumat diri puan Hasliza dalam pembelian dadah jenis syabu beberapa tahun yang lalu seberat 16 kg.

Perbualan selama setengah jam itu membuatkan puan Hasliza semakin gelisah dan meminta untuk merujuk kepada anaknya yang juga merupakan seorang pegawai polis. Tetapi tidak dipersetujui berikutan akan menjejaskan imej anak kepada mangsa.

Macau Scam
gambar hiasan

Kemudian beliau ditanya mengenai jumlah akaun yang dimiliki bagi tujuan pembekuan dilakukan dan mangsa mengatakan hanya mempunyai Akaun Simpanan Bumiputera (ASB) sahaja.

“Mendengar pertanyaan yang ditujukan oleh pemanggil, saya mula teringat kepada Datuk Seri Vida yang juga nyaris tertipu dengan Macau Scam baru-baru ini.”

Mengingati hal tersebut, mangsa terus memutuskan panggilan tersebut daripada berterusan kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan panggilan itu. Beberapa lama kemudian mangsa menerima mesej melalui ‘Whatsapp’, mesej yang mengandungi waran tangkap dan pembekuan aset daripada mahkamah.

Macau Scam
gambar hiasan

Sejurus itu, mangsa terus membuat laporan mengenai kejadian yang menimpanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semalam.

Beliau juga yakin masih ramai lagi yang menjadi mangsa sindiket Macau Scam ini dan turut menasihatkan agar berhati-hati agar tidak tidak mudah terpedaya dengan penipuan sebegini.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : BH

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here