Sebut sahaja nama Uniqlo, mesti ramai yang cukup kenal dengan jenama pakaian terkenal dari Jepun itu. Mana tidaknya, pergi ke mana-mana pusat membeli-belah pasti ada satu outlet Uniqlo di situ.

uniqlo
Tadashi Yanai

Jangan risau, kali ini Team Deenamik tidak akan bercerita tentang pakaian-pakaian di Uniqlo. Sebaliknya, kami ingin memperkenalkan anda dengan pengasas jenama Uniqlo iaitu seorang usahawan bernama Tadashi Yanai.

Beliau merupakan seorang usahawan yang cukup berjaya dalam perniagaannya. Di kesempatan ini, kami kongsikan 5 rahsia daripada Tadashi Yanai untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Peringatan : Tips-tips yang dikongsikan beliau adalah sangat berbeza daripada tips yang selalu anda jumpa dalam kebanyakan buku-buku bisnes.

#1. Kenalpasti Kekuatan Diri Sendiri

Sebagai seorang usahawan, anda mestilah berfikiran jauh. Kenalpasti cara bagaimana produk atau bisnes anda mampu mengubah kehidupan para pengguna. Sebagai contoh, beliau menggunakan slogan “Changing clothes. Changing conventional wisdom. Change the world” bagi syarikatnya, Uniqlo.

uniqlo

#2. Bangun Awal

Tadashi Yanai gemar bangun pada awal pagi. Bahkan, waktu ideal baginya untuk bangun daripada tidur adalah di antara pukul 5.00 hingga 5.30 pagi. Walaupun bangun awal, namun dia sangat suka pulang awal daripada pejabat, sekitar pukul 3-4 petang. Dengan cara ini, usahawan akan mempunyai lebih banyak masa dan kebebasan untuk berfikir bagi memajukan bisnes.

#3. Jangan Terlalu Kejar Kekayaan Wang

Yanai percaya bahawa usahawan yang terlalu mengejar wang dan kekayaan akan seringkali tersungkur di tengah jalan. Apabila memajukan bisnes dengan mengejar wang semata-mata, fokus utama bisnes akan terpesong serta-merta.

#4. Banyakkan Membaca Kisah Usahawan-Usahawan Berjaya

Antara kisah biografi yang paling digemari beliau adalah mengenai pengasas Panasonic, Konosuke Matsushita dan pengasas Honda Motor, Soichiro Honda. Yanai juga sangat menggakkan para usahawan untuk membaca karya “Managing” yang ditulis oleh Harold Geneen, pengasas International Telephone And Telegraph Corporation.

Pengasas Honda Motor, Soichiro Honda

#5. Kerja Keras Sahaja Tak Cukup

Tanpa hala tuju, manusia akan melakukan kesilapan dan mengulanginya berkali-kali. Menurut beliau, menguruskan bisnes adalah umpama membaca buku bermula dari muka surat paling belakang.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here