Semalam telah tular apabila seorang pekebun membunuh bayinya yang berusia 8 bulan dengan melumur garam di seluruh badan mangsa.
Paling menyayat hati apabila mayatnya yang sudah dilumur garam itu ditinggalkan di dalam guni dan disorok di bahagian di rumahnya.
Isteri suspek ketika kejadian telah dikunci oleh suspek di dalam sebuah bilik di rumahnya, Bachok. Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata “Mayat bayi berkenaan yang ada kesan cedera parah dan lebam di beberapa bahagian badan.
Malah, turut dilumur dengan garam kasar yang dipercayai dilakukan bapa berusia 40 tahun itu”.
Suspek yang tiba di mahkamah dengan menaiki kereta polis tidak mahu keluar daripada kenderaan tersebut dengan alasan ingin berdoa. Setelah 10 minit pihak polis terpaksa mengusung suspek keluar dari kenderaan untuk ke mahkamah.
Malah, menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat Shafien berkata suspek berkemungkinan ada kaitan dengan ajaran sesat. Tambahan, suspek juga berkata dia terdengar ‘suara’ malaikat yuang menyuruhnya untuk lumurkan garam ke atas anaknya itu. Tindakan itu dilakukan sebelum dibunuh.
Sebelum ini, polis telah mendapati bahawa keadaan bayi itu terdapat kesan luka di kiri dan kanan leher serta lebam pada badan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai "tidak sihat" kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap...
Murmansk, sebuah bandar di Rusia yang terletak di dalam Lingkaran Artik, terkenal dengan keadaan cuaca ekstrem dan fenomena alam yang luar biasa. Salah satu...
Sambut Ramadan di Negara Orang: Pengalaman Berbeza, Keberkatan Sama
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, bagi mereka yang berada...