Peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di Sabah adalah disebabkan daripada bilangan sampel COVID-19 yang tertunggak. Menurut Datuk Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, peningkatan kes di Sabah ini adalah hasil daripada keputusan ujian makmal terhadap tunggakkan sampel sebelum ini yang dianggarkan sebanyak 18 000 sampel.

Menurutnya lagi, daripada jumlah tersebut, sebanyak 7000 sampel telah diselesaikan dan jumlah sampel yang tinggal adalah sebanyak 11 000. Ditambah pula dengan bilangan kes baharu, ia menyebabkan bilangan kes menjadi tinggi.

Seperti yang dimaklumkan, selain daripada bercampur dengan sampel tertunggak, peningkatan kes juga melibatkan dengan hasil daripada saringan lapangan yang telah diperluaskan di daerah 15 zon merah. Zon merah yang terlibat adalah Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar, Kota Belud, Keningau, Tambunan, Beaufort dan Ranau.

Ini berikutan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Oktober 2020, di mana sebanyak 871 kes baharu telah dikesan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 702 kes baharu adalah daripada Sabah.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti Lodz

Berikut adalah perincian kes penularan COVID-19 yang berlaku di Sabah.

Sabah – 702 Kes

  • 49 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Kepayan;
  • 81 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • 572 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Daripada 871 kes baharu semalam, 5 daripanya adalah kes import daripada India (2 kes di Selangor), Nepal (2 kes di Selangor) dan Singapura (1 kes di Selangor). Daripada 871 itu juga terdapat 2 kes yang merupakan pengunjung yang baru pulang daripada Sabah, ini telah menjadikan jumlah kes bagi individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 443 kes.

Walaupunpun kes semalam mencatatkan kes baharu yang paling tinggi sepanjang pandemik di Malaysia. KKM juga memaklumkan bahawa kes sembuh COVID-19 yang dicatatkan semalam juga yang tertinggi iaitu sebanyak 701 kes. Manakala, melalui maklumat Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat 7 kes kematian berkaitan COVID-19.

BACA JUGA :   KKM Pendekkan Tempoh Kuarantin Kepada 10 Hari.

KKM menasihati semua rakyat Malaysia untuk bersama – sama dalam membendung daripada berlaku penularan COVID-19 sebelum situasi menjadi lebih parah. KKM turut menyarankan agar semua rakyat Malaysia untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.

Rakyat juga perlu mengelakkan 3S iaitu elakkan berada di tempat sesak, elakkan berada di tempat sempit dan elakkan sembang pada jarak dekat. Mengamalkan 3W iaitu kerap cuci tangan (wash), pakai pelitup muka (wear) dan (warn) amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here