Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ubat antivirus remdesivir tidak berkesan dalam merawat pesakit – pesakit COVID-19, dari tiga sudut iaitu tidak membantu mengurangkan kes kematian, kemasukkan ke hospital ataupun keperluan bantuan pernafasan.

Menurutnya lagi, kajian klinikal yang dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu ‘ Solidarity Trial’ juga membuktikan bahawa ubat anti malaria hydroxychloroquine, serta ‘lopinavir’ dan ‘ritonavir’, tidak berkesan dalam merawat virus berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata, jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini, tiada bukti yang kukuh, tetapi sekarang sudah ada bukti. Ini bukan sahaj di Malaysia tetapi juga melibatkan negara yang berada di bawah naugan WHO juga.

BACA JUGA :   Pemandu Mabuk Akan Dikenakan Hukuman Lebih Berat Berkuatkuasa Jumaat Ini.

Ubat yang dimaklumkan di atas, sebelum ini digunakan untuk merawat pesakit – pesakit COVID-19. Menurutnya lagi, ubat antivirus dexamethasone, iaitu ubat menghalang radang paru-paru telah didapati berkesan dan memberi hasil positif terhadap kesihatan pesakit.

Kajian klinikal tersebut telah melibatkan pesakit COVID-19 daripada 30 negara termasuk Malaysia. Menurut Dr Noor Hisham, tentang perolehan vaksin, KKM perlu melihat kepada data maklumat keberkesanan vaksin, dan mengkaji kesan sampingan terlebih dahulu sebelum KKM mengesyorkan penggunaannya kepada rakyat negara ini.

Menurutnya lagi, KKM bersetuju untuk penglibatan Malaysia dalam COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX) untuk membangunkan vaksin. Ini kerana Malaysia akan dapat berbincang dengan syarikat dan negara untuk perolehan vaksin. COVAX menyatakan, Malaysia bebas mengadakan perbincangan denga  negara atau syarikat pengeluar vaksin.

BACA JUGA :   Makanan Tradisonal Indonesia Yang Mirip Dengan Makanan Malaysia

Tambahnya lagi, terdapat beberapa isu yang perlu diperhalusi dalam perolehan vaksin iaitu kenapa vaksin masih belum ada (wujud), tetapi harganya telah ditetapkan. Sekiranya berlaku komplikasi penggunaan vaksin. KKM perlu menanggungnya dan bukannya syarikat (pengeluar vaksin). Dr. Noor Hisham turut menambah bahawa isu ini perlu diperhalusi lagi.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here