Daging Arnab Daulah membekalkan daging arnab buat para peniaga, restoran dan juga pada mereka yang pengemar makanan daging arnab. Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab boleh menghubungi pihak Daging Arnab Daulah.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kelebihan terhadap daging arnab ini. Kebanyakannya memberikan kesan yang positif terhadap tubuh badan dan kesihatan kita.

Daging arnab juga kaya dengan protein berkualiti (sekitar 21g per 100g) ia juga rendah kalori dan natrium daripada kebanyakan daging lain. Ini kerana daging arnab memiliki sumber protein yang tinggi dan kandungan lemak juga rendah.

Kolestrol pada daging arnab juga rendah dan bagi anda yang risau terhadap kolestrol yang ada di dalam daging arnab sudah tidak perlu bimbang lagi. Daging arnab lebih rendah lemak daripada kebanyakan daging lain, bahagian arnab yang rendah lemak (rata-rata = 6g setiap 100g daging, terutamanya sendi fillet dan paha).

Pada daging arnab juga terdapat sumber vitamin, mineral dan unsur surih yang sangat baik (tinggi vitamin B3 dan B12, fosforus, kalium dan selenium). Ini menyumbang kepada keseimbangan vitamin dan mineral yang baik untuk keperluan diet harian.

Bagi anda yang mempunyai gout, daging arnab masih boleh dimakan tetapi hanya di dalam jumlah yang kecil. Iaitu tidak melebihi dari 150 gram sehari. Daging arnab mengandungi jumlah minimun purine, yang bermaksud bahawa produk tidak memegang garam asid urik.

BACA JUGA :   Daging Arnab Baik Untuk Kesihatan.

Jika anda masih ada sebarang kemusykilan berkaitan dengan pemakanan daging arnab. Jangan risau, di sini pihak Daging Arnab Daulah akan memberikan info berkaitan pandangan memakan daging arnab di sisi Islam.

Hukum Makan Daging Arnab

Hukum memakannya adalah halal di sisi jumhur. Ini berdasarkan hadis Anas R.A yang berkata:

أَنْفَجْنَا أَرْنَبًا فَسَعَى الْقَوْمُ فَلَغَبُوا ، فَأَخَذْتُهَا وَجِئْتُ بِهَا أَبَا طَلْحَةَ ، فَذَبَحَهَا وَبَعَثَ بِوَرِكِهَا – أَوْ قَال : بِفَخِذِهَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَبِلَهُ

MaksudnyaKami terserempak dengan arnab lalu mengejarnya. Dan aku dapat menangkapnya serta membawa kepada Abu Talhah. Beliau sembelih dan memberi sebahagiannya kaki atau pehanya kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah menerimanya.

Riwayat al-Bukhari (2572)

 

Muhammad bin Safwan (atau Safwan bin Muhammad) berkata:

اصَّدْتُ أَرْنَبَيْنِ فَذَبَحْتُهُمَا بِمَرْوَةٍ ، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم عَنْهُمَا فَأَمَرَنِي بِأَكْلِهِمَا

MaksudnyaAku memburu dua ekor arnab dan aku sembelihnya di Marwah. Maka aku bertanya Rasulullah SAW lantas beliau memerintahkan aku makan kedua-duanya.

Riwayat Abu Daud (2822), Ibn Majah (3175)
dan al-Nasa’ie (4239)

BACA JUGA :   Kebaikan Membeli Produk Berasaskan Arnab Secara Dalam Talian

Arnab juga haiwan yang tiada bertaring dan tiada nas yang menunjukkan haramnya. Dengan sebab itu, dinukilkan bahawa Sa’ad bin Abi Waqqas telah memakannya. Begitu juga diberi kelonggaran oleh ulama’ dalam kalangan sahabat dan selepasnya.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan

Kelebihan yang ada pada daging arnab ialah :

  • Daging arnab amat sesuai untuk menghangatkan badan serta mengeringkan badan.
  • Pengambilan daging arnab yang terkawal juga boleh melancarkan aliran air kencing dan menghancurkan batu karang pada salur dan pundi kencing.
  • Pengambilan daging arnab di bahagian kepalanya secara terkawal mampu menjadi penawar kepada seseorang yang mengalami penyakit menggeletar
  • Daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan kecerdasan otak
  • Berkhasiat untuk meningkatkan tenaga batin golongan lelaki
  • Sekiranya golongan wanita memakan hempedu arnab ianya baik untuk kesuburan

Jika anda berminat mahu mendapatkan bekalan daging arnab, hubungi Daging Arnab Daulah. Daging Arnab Daulah adalah pembekal daging arnab. Anda boleh layari laman web kami untuk maklumat lanjut. Hubungi talian di bawah jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan bekalan daging arnab.

Daging Arnab Daulah – https://arnabdaulah.com/

Tuan Syed – 013 2090322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here