Daging arnab dilihat boleh menjadi antara sumber daging utama jika terdapat lebih banyak penternakan arnab dijalankan. Tidak hanya itu, penternakan arnab yang meluas boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Menurut kajian terdahulu, daging arnab dilihat mempunyai kurang kandungan lemak berbanding daging ayam. 100 gram daging arnab mempunyai 5.6 gram kandungan lemak manakala bagi 100 gram daging ayam mempunyai 6.4 gram kandungan lemak.

Perbandingan dilakukan kerana kedua-dua daging adalah jenis daging putih. Daging arnab juga dikatakan mempunyai kadar kolestrol yang lebih rendah berbanding daging lain.

Sumber protein yang ada pada daging ayam mungkin lebih tinggi berbanding daging arnab. Namun begitu, kadar keserapan sumber protein daging arnab terhadap manusia adalah lebih tinggi berbanding daging ayam.

BACA JUGA :   Pandangan Memakan Daging Arnab Di Sisi Islam.

Selain daripada sumber tenaga seperti protein dan lemak, daging arnab juga mempunyai lebih kandungan B12. Komposisi lain yang terdapat di dalam daging arnab ialah vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6. Selain itu terdapat juga kandungan lain seperti zat besi, kalium, magnesium, fosforus, zink, dan selenium.

Koposisi yang terkandung di dalam daging arnab adalah berbeza mengikut jenis arnab. Jenisnya adalah arnab tersebut adalah arnab peliharaan (ternakan) atau arnab liar. Mengikut kajian, daging arnab peliharaan adalah lebih baik berbanding daging arnab liar.

Sumber : MOREFIT

Jika anda mahu membeli atau mendapatkan daging arnab, anda boleh dapatkannya di Arnab Daulah. Arnab Daulah mempunyai bekalan daging arnab segar dan pelbagai produk berasaskan daging arnab dan arnab.

BACA JUGA :   Pembelian Daging Arnab Kini Lebih Mudah Dengan Arnab Daulah.

Antara produk yang dijual ialah :

  • Daging arnab
  • Burger daging arnab
  • Bebola daging arnab
  • Baja tinja arnab
  • Fertilizer daripada urine arnab

Maklumat lanjut berkenaan syarikat dan produk Arnab Daulah boleh anda perolehi di https://arnabdaulah.com/.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here