Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan, serta pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran.

Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun. Pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al-Azhar menerusi Program Madrasah Daulah tanpa memerlukan sijil SPM dan STAM. Pelajar seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun dibenarkan untuk menyambung pengajian. Jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di  Maahad Buuth.

Pelajar yang tidak memiliki sijil SPM dan STAM juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian menerusi Madrasah Daulah. Pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Terutama sekali bagi pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dalam pelajaran.

BACA JUGA :   Seronoknya Belajar di Maahad Buuth Al-Azhar. Memang Berbaloi.

Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Peluang ini sangat sesuai bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana universiti. Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana.  Jika berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah.

Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sekiranya, pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas yang disediakan terlebih dahulu.

BACA JUGA :   Sambung Belajar Di Rusia Menerusi Daulah Educonsult.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here