Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan di media sosial, berikutan tentang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Perintah kawalan pergerakan ini melibatkan kawasan di Medan 88, Salak Tinggi dan Sepang. PKPD ini berkuatkuasa pada 12.01 pagi tadi, dari 12 November hingga 25 November 2020.

Perintah kawalan ini melibatkan lebih 800 penduduk di kawasan berkenaan. PKPD ini dilakukan bertujuan untuk membolehkan pihak KKM untuk melaksanakan saringan bersasar terhadap penduduk di kawasan yang terlibat. Ianya juga bertujuan untuk mengawal pergerakan bagi memutuskan rantaian COVID-19 dalam komuniti.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh KKM, berlaku penurunan terhadap kes baharu COVID-19 di Sabah. Kes baharu di Sabah telah mencatatlan kes sebanyak 259 kes. Walaupun kes di Sabah berlaku penurunan, di Semenanjung Malaysia pula berlaku penularan COVID-19.

BACA JUGA :   PDRM Dedahkan Beberapa VIP Berpangkat Tan Sri & Datuk Seri Adalah Dalang Kepada '9 Dragon'

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media COVID-19, keadaan di negeri di Semenanjung Malaysia lebih membimbangkan. Tambahnya, kalau dicampurkan jumlah kes di Lembah Klang, negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan, jumlah kes didapati sebanyak 427 berbanding dengan negeri Sabah sebayak 259 kes sahaja.

Menurutnya lagi, kebimbangan dan juga tumpuan sekarang adalah di Semenanjung, terutama di daerah Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Justeru, kawalan pergerakan rentas daerah dan negeri di Semenanjung perlu dipertingkatkan bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Sumber Video : Youtube Harian Metro

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here