Madrasah Daulah masih membuka kemasukan pelajar ke Maahad Buuth untuk sesi November 2020.

Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam sehinggan memasuki Universiti Al – Azhar. Pelajar boleh memasuki ke Maahad Buuth walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM.

Untuk pengetahuan pelajar, Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Manakala, Madrasah Daulah ialah sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Pelajar yang berminat boleh belajar di Maahad Buuth menerusi Program Madrasah Daulah.

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka akan diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Tawar Kemasukan Sesi November 2020.

Peluang dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan dan pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun. Sekiranya pelajar berminat, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di  Maahad Buuth menerusi Madrasah Daulah.

Pelajar perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Bagi pelajar yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

    • Markaz Nile : kelas Bahasa Arab
    • Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al – Quran
BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Volvograd State Medical University

Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

    • Tahsinul Quran
    • Tahfizul Quran
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana, jangan lepaskan peluang ini.  Jika berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah. Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here