Maahad Buuth merupakan satu institusi pengajian islam yang terletak di Mesir. Sekiranya pelajar berminat mahu mendalami ilmu pengajian islam, Maahd Buuth adalah tempat yang sesuai untuk pelajar.

Pelajar boleh mendaftar masuk ke Maahad Buuth menerusi Program Madrasah Daulah. Program ini merupakan peluang bagi para pelajar untuk melanjutkan pengajian bukan sahaja di Maahad Buuth, tetapi juga peluang belajar sehingga ke Universiti Al – Azhar.

Ini kerana Madrasah Daulah merupakan madrasah yang akan membimbing para pelajar sepanjang mereka menuntut ilmu di Maahad Buuth. Oleh itu, sekiranya pelajar berjaya menamatkan pengajian di Maahad Buuth pelajar akan diserap masuk ke dalam Universiti Al – Azhar.

Rebut peluang ini untuk melanjutkan pengajian sehingga ke Mesir. Untuk pengetahuan pelajar kemasukan Disember 2020 masih dibuka dan pelajar yang berminat boleh mendaftar dengan segera.

Bukan itu sahaja, program ini juga bersesuaian bagi pelajar yang tidak memiliki sijil SPM dan STAM. Hal ini kerana Madrasah Daulah juga memberi peluang bagi pelajar yang tidak memiliki sijil SPM dan STAM serta pelajar yang masih tidak mendapat mana – mana tempat pengajian.

BACA JUGA :   Lanjut Pengajian Dalam Bidang Perubatan, Pergigian Dan Farmasi Di Universitas Sumatera Utara, Indonesia Sesi September 2022

Pendaftaran dibuka bagi mereka yang berumur seawal 12 tahun sehingga 31 tahun.

Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dalam pelajaran.

Apa yang pelajar perlu tahu? Pelajar akan dimasukkan ke Maahad Buuth dan sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth pelajar perlu menduduki ujian kelayakan.

Pelajar akan menduduki ujian kelayakan untuk menentukan sama ada pelajar berjaya memasuki ke Maahad Buuth atau tidak. Ujian tersebut adalah Ujian Imtihan Qabul.

Bagi menghadapi ujian tersebut, pelajar akan memasuki kelas sebelum menghadapi ujian tersebut. Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

  • Markaz Nile merupakan kelas Bahasa Arab
  • Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
BACA JUGA :   Permata di Altai

Sekiranya pelajar tidak melepasi ujian tersebut, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Di Dirosoh Khossor pelajar akan mempelajari pelbagai subjek. Antaranya ialah seperti berikut.

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Jika pelajar berminat mahu menyelami ilmu pengajian islam dengan lebih mendalam. Daftar menerusi Madrasah Daulah untuk mendapatkan tempat. Sesi kemasukan masih dibuka untuk sesi Disember 2020.

Segala maklumat dan info tambahan berkaitan dengan program ini boleh layari laman web di bawah. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubingi talian di bawah.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here