Terdapat kisah yang amat pelik berlaku di seluruh dunia, hari ini saya ingin berkongsi kisah yang pasti membuatkan anda terhibur.

Di Brazil, polis bukan saja menahan seekor kuda yang menendang kereta milik seorang wanita, malah memasukkan haiwan itu ke dalam lokap. Pelik bukan?

lokap

Wanita berkenaan tetap berkeras mahu kuda tersebut ditahan sehingga dia mendapat bayaran ganti rugi. Apa yang difikirkan oleh wanita ini?

Dalam kejadian di bandar Nossa Senhora Aparecida, timur laut Brazil, Ahad lalu, kuda itu ditahan dalam lokap selama 24 jam. Kasihan kuda tersebut, ia hanya seekor kuda yang tidak mempunyai akal.

Pemilik kuda itu, William dos Santos berkata, penahanan haiwan itu sesuatu yang mengarut dan melampau.

BACA JUGA :   Bola: Brazil Tidak Menepati Ramalan Pulang Awal, Berjaya Mara Ke Suku Akhir

lokap

“Apabila ke balai polis, saya terkejut melihat kuda itu ditahan dalam lokap seperti penjenayah biasa,” katanya.

Pemilik kuda itu berkata, ketika rakannya menunggang membawa kuda itu bersiar-siar, haiwan berkenaan menendang kereta terbabit.

“Wanita itu terus menghubungi polis. Kemudian menahan dan membawa kuda saya ke balai polis.

“Terperanjat saya melihat kuda itu ditahan dalam lokap tanpa diberi makanan dan minum selain tidak boleh bergerak dalam ruang sempit.

“Pada sebelah malam (Ahad) saya membawa makanan namun polis tidak membenarkan saya memberi kuda itu makan,” katanya.

lokap

Polis menafikan kuda itu dilayan dengan cara tidak wajar namun William membuat aduan kepada persatuan kebajikan haiwan termpatan.

Pihak polis sepatutnya memberikan makanan kepada kuda tersebut. Mereka sepatutnya mempunyai perasaan belas kasihan.

BACA JUGA :   7 Taman Tema Air yang Terbesar di Dunia

William kemudian bersetuju membayar ganti rugi kepada wanita terbabit untuk membolehkan kudanya dibebaskan.

Ketua Polis Sergipe, Jonathan Evangelista, yang ditanya Globo TV adakah ia prosedur biasa menahan kuda yang melakukan kesalahan trafik, berkata: “Sudah tentu tidak normal untuk menahan kuda.

“Kami sudah memulakan siasatan untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.”


Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-is viral dari dalam dan luar negara.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!

Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari Malaysian Digest

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here