Pada sidang media PKPP/PKPB yang bersiaran semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa setiap majikan yang gagal menghantar pekerja untuk melakukan saringan akan dikenakan tindakan.

Mengulas lebih lanjut apa yang disampaikan oleh beliau, didapati sehingga 28 Disember 2020 Kementerian Sumber Manusia telah melakukan saringan kepada 70 159 pekerja. Ini juga melibatkan 2405 majikan.

Sumber Video : Youtube Harian Metro

Tambah beliau lagi, pihak Kementerian Sumber Manusia telah melantik  749 buah klinik untuk terlibat dengan saringan ini.

Menurut beliau, setiap klinik akan menyaring sebanyak 200 hingga 400 pekerja dalam masa sehari di kawasan – kawasan berdekatan. Kerajaan akan menguatkuasakan arahan untuk mengenakan tindakan kepada majikan bermula pada 1 Januari 2021 di bawah Akta 342.

BACA JUGA :   Amalan '3c' yang Patut Dilakukan oleh Majikan dalam Kalangan Pekerja

Jika majikan gagal, kerajaan telah memberi dua pilihan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ianya samada mengenakan denda sebanyak RM 1000 atau membawa majikan ke mahkamah untuk ditetapkan hukuman oleh mahkamah.

Oleh itu, setiap majikan mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya dan mengikut segala arahan yang telah dikeluarkan. Ini bagi mengelakkan dari dikenakan hukuman.

Bukan itu sahaja, lorang ramai juga mestilah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan dan memastikan sentiasa menjaga jarak fizikal dan kebersihan diri agar kita semua tidak terkena virus COVID-19 ini. Sekain itu, kita semua mestilah mengamalkan 3W dan juga mengelakkan 3S/C.

Mengelakkan Diri Dari 3S/3C :

  • Elakkan berada di tempat sesak,
  • Elakkan juga berada di tempat sempit
  • Elakkan untuk bersembang pada jarak dekat.
BACA JUGA :   Ini Punca Sebenar Graduan Sering Gagal Di Dalam Temuduga Kerja

Mengamalkan 3W.

  • Kerapkan untuk mencuci tangan dengan sabun (wash),
  • Memakai pelitup muka di tempat awam dan jika bergejala (wear) dan
  • Beri amaran (warn) seperti ;
    • Amalkan etika batuk dan bersin,
    • Elak kunjung mengunjungi,
    • Dapatkan rawatan jika bergejala dan
    • Sanitasi tempat yang kerap disentuh.

Sumber: Youtube Harian Metro, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here