Pelajar yang berminat mahu melanjutkan pengajian di Mesir sangat -sangat digalakkan untuk mendaftar di Program Madrasah Daulah. Menerusi program ini pelajar akan berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al – Azhar.

Bagi pelajar yang tidak tahu, Madrasah Daulah ini merupakan sebuah institusi yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Maahad Buuth pula merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa.

Untuk pengetahuan para pelajar Maahad Buuth ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Pengajian menerusi Program Madrasah Daulah tidak memerlukan sijil. Jadi sekiranya pelajar mahu menyertai Program Madrasah Daulah walaupun tidak memiliki sijil seperti SPM dan STAM teruskan mendaftar. Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan di bawah.

Borang Permohonan: https://www.cognitoforms.com/DaulahEduconsult/pendaftaranmadrasahdaulahdimesir

Selepas mendaftar dan berjaya menempatkan diri di Program Madrasah Daulah. Para pelajar akan ditempatkan di Madrasah Daulah sementara menunggu nama naik untuk menduduki ujian kemasukan ke Maahad Buuth.

BACA JUGA :   Peluang Pengajian Hingga Ke Peringkat Ijazah Sarjana Menerusi Madrasah Daulah.

Sementara menunggu nama naik, pelajar akan mengikuti kelas di Madrasah Daulah sebagai persedian menghadapi ujian kelayakan. Antara subjek yang akan diajar di Madrasah Daulah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Bagi memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan menduduki ujian kelayakan. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini merupakan penentuan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Jika pelajar yang telah menduduki ujian tersebut dan tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.

Pelajar tidak perlu risau untuk menghadapi ujian kelayakan tersebut. Ini kerana sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas.

Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Nak Belajar Di Rusia? Ini Antara Universiti Terbaik Yang Ada Di Sana

Sekiranya pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.

Syarat kelayakan untuk mendaftar di Progranm Madrasah Daulah ialah seperti berikut.

  • Lelaki atau perempuan
  • Berusia 14 tahun hingga 21 tahun
  • Berkemahuan tinggi untuk belajar
  • Bersedia mengikut peraturan dan aktiviti yang ditetapkan.

Program Madrasah Daulah masih dibuka bagi pelajar yang mahu mendaftar. Sesi kemasukan yang terdekat ialah sesi 2021. Sekiranya pelajar berminat mahu melanjutkan pengajian di Maahad Buuth, segera mendaftar untuk mendapatkan tempat.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here