Perusahaan Kecil dan Sederhana atau dikenali sebagai PKS, adalah antara yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP) yang telah dilaksanakan sejak Mac tahun lalu memberikan kesan kepada semua pihak.

Sejak sektor ekonomi diberi kelonggaran dan kegiatan berkaitan ekonomi boleh mula berjalan, perkara ini sedikit sebanayak memberikan ruang bernafas kepada PKS. Rakyat sudah boleh keluar dari rumah dan boleh merentas negeri mengikut SOP yang ditetapkan.

Namun, jumlah kes COVID-19 kini berada di tahap yang agak membimbangkan. Dengan keadaan banjir di belah timur, perkara ini mungkin meningkatkan lagi angka positif kes COVID-19.

PKS yang baru sahaja mahu menarik nafas lega merasa bimbang jika PKP ketat dilaksanakan semula. Perkara ini diutarakan oleh Naib Presiden, Chin Chee Seong Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana.

BACA JUGA :   Sambung Belajar di Universiti-universiti Terbaik di Poland

Persatuan bersetuju jika PKP bersasar dilaksanakan tetapi bukan seperti PKP pada bulan Mac yang lalu. Perniagaan PKS mungkin boleh menjalankan perniagaan secara dalam talian, namun bukan bagi sektor kilang atau pembuatan.

Credit : mStar

Meskipun PKS boleh menjalankan perniagaan secara digital, halangan seperti kekurangan permintaan mungkin boleh berlaku kerana tidak semua boleh membeli-belah sewenang-wenangnya di musim PKP ni.

Rakyat juga mungkin perlu untuk berbelanja secara berhemah kerana tidak mustahil mereka juga boleh kehilangan pekerjaan yang ada. Semua pihak tidak kira PKS atau rakyat bergelut untuk meneruskan kehidupan pada ketika ini.

Persatuan meminta kerajaan untuk bersama-sama mencari jalan supaya PKS boleh terus berjalan tanpa perlu menggulung tikar. Cadangan untuk menjalankan program keusahawanan dan pelaksanaan latihan digital buat para belia mungkin boleh dibincangkan oleh pihak kerajaan.

BACA JUGA :   Gangguan Bekalan Air pada 13 Oktober Ini Di Kuala Selangor.

Sumber : BERNAMA

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here