Berita menarik buat para usahawan kecil atau bakal usahawan di luar sana. SSM iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah memperkenalkan SPPP. SPPP adalah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin yang telah diperkenalkan di bawah inisiatif PEMERKASA. Dengan adanya SPPP ini, golongan usahawan atau bakal usahawan akan dapat mendaftarkan perniagaan secara percuma.
Berkuat kuasa pada 15 Februari 2021 yang lalu, SSM telah memperluaskan SPPP kepada semua golongan usahawan B40. Pada mulanya, ia telah diperkenalkan kepada usahawan belia, Ibu Tunggal B40 dan pelajar IPT sahaja, namun melihatkan ramai yang terkesan, ianya diperluas kepada semua golongan B40.
Berikut adalah syarat kelayakan untuk mendaftar bersama SSM secara percuma.
KATEGORI USAHAWAN GOLONGAN B40
- Pemegang MyKad/ MyPR;
- Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Bagi Golongan B40;
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
KATEGORI PELAJAR IPTA/S
- Pemegang MyKad/ MyPR;
- Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara;
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Dengan adanya kemudahan ini, SSM berharap ianya dapat membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Di samping itu, SSM juga berharap akan lebih ramai usahawan yang mendaftarkan perniagaan mereka.
Jika anda merupakan di antara mereka yang menjalankan perniagaan dan masih belum mendaftarkan perniagaan anda, anda boleh lakukannya sekarang. Cara pendaftaran juga kini lebih mudah dengan adanya ezBIZ SSM. Ianya boleh dilakukan secara dalam talian di laman sesawang https://ezbiz.ssm.com.my/.
Anda merupakan peniaga makanan kecil-kecilan? Sertai Safer Food Merchant sebagai rakan niaga sekarang! Anda berpeluang untuk mendapatkan untung bersih kerana Safer menjalankan promosi ‘Sifar Caj Komisen’. Daftar segera bersama Safer Food Merchant secara percuma dan jalankan perniagaan anda secara dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan pihak Safer di:
Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial