Saban tahun, seluruh negeri di Malaysia akan menganjurkan Bazar Ramadan sempena menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan. Namun, sejak pandemik COVID-19 berlaku, negara telah menangguhkan penganjuran Bazar Ramadan pada tahun yang lalu. Oleh yang demikian, pada tahun ini, untuk merancakkan semula sektor ekonomi negara, penganjuran Bazar Ramadan telah dibenarkan di beberapa kawasan.

Antara kawasan yang telah membenarkan penganjuran Bazar Ramadan adalah Kuala Lumpur. Mengikut DBKL, sebanyak 65 lokasi Bazar Ramadan dijangka akan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur. Bazar tersebut akan dibuka pada jam 3 petang sehingga 8 malam. Sebanyak 63 lokasi akan diselia oleh penganjur bazar dan 2 lokasi lagi akan diselia oleh pihak DBKL.

Selain Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri turut akan dilangsungkan bermula 17 April sehingga 12 Mei di Lorong Tuanku Abdul Rahman. Dikatakan sebanyak 208 penjaja akan membuka gerai jualan mereka di lokasi tersebut. Ia akan berlangsung di kawasan belakang bangunan Kompleks Campbell sehingga susur keluar persimpangan Masjid India. Waktu beroperasi adalah dari 10 pagi sehingga 12 tengah hari.

BACA JUGA :   Tempat cantik tapi tak ramai pelancong datang ?

Tambahan, DBKL juga menyatakan bahawa pasar malam yang sering dijalankan di Lorong TAR pada setiap Sabtu akan dipindahkan ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pertukaran ini hanya akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan sahaja untuk memberi laluan kepada penganjuran Bazar Aidilfitri. Oleh yang demikian, akan berlaku penutupan jalan dari persimpangan Esfahan hingga Persimpanan Jalan Melayu daripada 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Dengan penganjuran yang dibenarkan oleh DBKL ini, DBKL berhak untuk mengenakan tindakan seperti penutupan gerai/ bazar Ramadan/ Aidilfitri jika didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Adapun begitu, penganjuran bazar ini telah dibenarkan di Kuala Lumpur sahaja. Terdapat beberapa negeri masih lagi menangguhkan penganjuran bazar Ramadan seperti Kelantan dan beberapa kawasan di Kuching, Sarawak.

BACA JUGA :   ‘Play Centres’ Tempat Sesuai Untuk Ibu Bapa Luangkan Masa Bersama Anak-Anak

Antara kawasan lain yang menganjurkan bazar Ramadan adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya namun hanya 4 lokasi sahaja yang dibuka.

Sumber: BERNAMA

Berminat untuk berniaga secara dalam talian bersama Safer? Daftar sebagai vendor makanan di Safer sekarang sementara promosi ‘Zero Commission’ masih berlangsung. Pendaftaran untuk menjadi vendor di Safer Food Merchant juga adalah percuma! Perlukan maklumat tambahan? Hubungi pihak Safer menerusi platform berikut:

Customer Service : 011-2058 6389
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Official Website : https://safer.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram :https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter :https://twitter.com/SAFERofficial
TikTokhttps://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here