Pada hari Isnin semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir dan memberikan ucapan di Majlis Pelancaran ‘Microsoft Bersama Malaysia’. Melalui ucapan beliau, beliau mengalu-alukan kerjasama Microsoft Corporation melalui inisiatif ‘Bersama Malaysia’ dalam memperkasa Ekonomi Digital Malaysia.
Melalui inisiatif ini, sebanyak RM4 bilion akan dilaburkan yang meliputi penubuhan pusat data serantau pertama di Malaysia. Ia bakal menjadi pusat data yang mampu untuk menguruskan data dari pelbagai negara.
Tambahan dari itu, dengan terbinanya pusat data serantau ini, ia dijangka wujudkan 19,000 peluang pekerjaan termasuk 4,000 pekerjaan berkaitan teknologi maklumat (IT). Inisiatif ini juga telah membentuk lima perkongsian Microsoft dengan agensi kerajaan dan syarikat tempatan.
Kerjasama ini juga bakal membantu dalam memahirkan sehingga satu juta rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat menjelang tahun 2023. Ia sejajar dengan peranan yang bakal dimainkan oleh pendigitalan sebagai pemangkin jangka sederhana dan panjang dalam RMKe-12.
Pusat data serantau daripada Microsoft Corporation ini dijangka mampu untuk menyediakan perkhidmatan cloud yang diyakini dengan tahap keselamatan data, privasi bertaraf dunia serta keupayaan menyimpan data di Malaysia. Selain itu, pusat data serantau ini akan ditempatkan di Kuala Lumpur dengan gabungan tiga pusat data.
Dengan pembinaan pusat data ini, ia diharap dapat membantu dalam menggalakkan penggunaan cloud di dalam industri yang berbeza. Pusat data serantau pertama di Malaysia ini meliputi Microsoft Azure, Microsoft 365 serta Dynamics 365 dan Power Platform.
Melalui Microsoft Azure ia akan membenarkan sesiapa sahaja untuk mereka cipta dengan tujuan perkhidmatan dan keupayaan cloud yang mana merangkumi pengkomputeran, perangkaian, pangkalan data, analitik, kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IOT).
Bagi Microsoft 365 pula, ia merangkumi aspek perhubungan, kolaborasi, bekerja dari jarak jauh dan belajar secara dalam talian dengan instrumen produktiviti inovatif manakala Dynamics 356 dan Power Platform adalah untuk membina dengan pantas dan menguruskan penyelesaian perniagaan enterpris kritikal dengan aplikasi perniagaan pintar.
Sumber: BERNAMA
Safer masih lagi menjalankan promosi ‘Zero Commission’ bagi peniaga yang mendaftar sebagai vendor di Safer. Jika anda merupakan peniaga makanan atau minuman, pastikan anda mendaftar sebagai vendor di Safer Food.
Anda bakal menikmati 100% keuntungan dan pulangan meskipun menjalankan perniagaan secara dalam talian. Ayuh luaskan jaringan perniagaan anda bersama Safer Food Merchant. Untuk ketahui maklumat lanjut atau tawaran terkini yang dijalankan oleh Safer, anda boleh ikuti Safer di:
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJ2FEffN/
Youtube : https://bit.ly/safergroup