Transformasi Muka Menjadi K-Pop
Sebelum ini, nasib remaja ini cukup malang. Dia sering mengasingkan diri, makan menyendiri tanpa teman, ditambah pula dengan keadaan rahangnya yang senget menyebabkan air liurnya meleleh, muka penuh jerawat, jeragat dan berminyak.
Selain itu, keadaan rahang Noppajit Monlin juga menyebabkan beliau sukar mengunyah.
Tetapi siapa menyangka nasib lelaki ini berubah sama sekali. Pekerja kilang berkenaan ditawarkan menyertai program ‘make over’ dalam rancangan popular Thailand, ‘Let Me In Thailand’.
Noppajit dilaporkan menjalani pembedahan rahang, dahi dan kelopak mata selain disuntik oleh botox pada kelenjar air liurnya.
Selain itu, kulit Noppajit dirawat dengan begitu sempurna sekali dan beliau kini sudah berkulit cerah, jaub beza daripada dirinya yang dulu.
Menurut laporan, perubahan penampilan Noppajit yang terlalu drastik menyebabkan ibunya tidak cam bahawa itu adalah anaknya. Ibunya juga mengambil masa yang sangat lama barulah dapat mengecam anaknya itu.
Melalui sebuah rakaman, ibu Noppajit berjaya mengecam anaknya berdasarkan parut Noppajit yang tidak berubah. Itu adalah satu-satunya perkara yang kekal pada anak lelakinya itu.
Kata Noppajit, kini beliau rasa lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat berbanding dirinya sebelum ini yang sering dihina dan dicaci ke mana-mana sahaja dia pergi.
“Sebelum ini, orang kata muka saya tak normal dan masyarakat tidak terima saya. Sekarang saya ada ramai kawan,” kata Noppajit.
Diharapkan kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar tidak memperlekehkan sifat fizikal seseorang meskipun tidak sempurna.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com