Bercuti di Krabi sememangnya menjanjikan pengalaman indah buat sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Destinasi pelancongan yang kaya dengan flora dan fauna itu pasti akan menggamit serta memukau pandangan pengunjung.

Krabi

Loading...

Namun, percutian tidak akan jadi menarik sekiranya pengunjung buntu dengan persoalan-persoalan yang membelenggu fikiran mereka. Justeru, di sini kami senaraikan 11 tips termasuk soalan-soalan lazim yang akan membantu melancarkan percutian anda ke Krabi.

#1. PENUKARAN WANG

Anda sangat digalakkan untuk membuat penukaran wang di Malaysia terlebih dahulu sebelum ke sana. Walaupun di Malaysia kadarnya agak mahal, namun di Thailand sana kadarnya jauh lebih mahal. Banyak kali pernah berlaku di mana 1000 baht ditukar untuk RM 118 di Malaysia tetapi apabila tiba di sana, 1000 baht berharga RM 125 (nota: harga mata wang mungkin berubah dari semasa ke semasa)

Krabi
Sumber foto : KRABI Discovery

 #2. BAGAIMANA NAK WITHDRAW DUIT DI SANA ?

Anda boleh menggunakan ATM di sana untuk withdraw duit anda. Tetapi, anda harus menghubungi bank anda di Malaysia terlebih dahulu sebelum pergi ke sana. Anda juga perlu memaklumkan tempoh masa anda akan berada di sana bagi memudahkan segala urusan. Sedikit peringatan, setiap pengeluaran duit akan dicaj 200 baht.

#3. PENGANGKUTAN DARI HATYAI KE KRABI

Dari Hatyai ke Krabi/AoNang, anda ada 2 pilihan. Pertama, naik van dengan bayaran 350 baht. Kedua, naik bas yang mempunyai pelbagai harga termasuklah 162/170/214 baht. Macam biasa lah, bas henti-henti ni lambat sikit sebab driver akan selalu berhenti untuk ambil dan turunkan penumpang. Masa perjalanan dianggarkan sekitar 4 jam setengah hingga ke 5 jam.

Krabi
Perkhidmatan shutter bus yang terdapat di Krabi

#4. PERGI KE AONANG DARI TERMINAL BAS KRABI

Anda boleh naik pickup dengan harga 60 baht seorang atau naik teksi dengan bayaran 300 baht. Jika nak naik teksi, digalakkan berunding dengan driver teksi untuk dapat harga murah. Yang bagusnya naik teksi ini adalah driver akan hantar terus depan tempat anda menginap. Tidak seperti pickup yang selalunya tinggalkan anda di jalan besar sahaja.

BACA JUGA :   Buku ' I'm A Backpacker : Europe ' Ini Realisasikan Impian Anda Travel Ke Benua Eropah

#5. NAK MAKAN APA DEKAT SANA ?

Bab makan, anda tidak perlu risau. Di Krabi terdapat banyak kedai makan halal termasuklah daripada kedai makan murah hinggalah restoran mewah. Terpulang kepada selera anda untuk memilihnya. Pastikan duit anda cukup untuk membayarnya jika tidak mahu didenda basuh pinggan di kedai makan.

#6. PAKEJ-PAKEJ YANG MENARIK DI KRABI

Pakej memang sangat banyak. Pendek kata, semuanya bergantung kepada apa yang anda minat nak buat di sana:

Suka menikmati suasana laut ? Pergilah Island Hopping ke pulau-pulau menarik dan nikmati pemandangan matahari terbenam.

Minat snorkelling ? Pergi menyelam di Hong Island atau Phi Phi Island.

Anda pencinta haiwan ? Berkunjunglah ke Elephant Tracking.

Berani nak aksi ekstrem ? Ambil pakej ATV, kayak atau mount climbing.

Luangkan masa bersantai ? Pergi lah ke Emerald Pool dan Hot Spring.

Peringatan, masa kadang kala sangat limited kalau ikut pakej. Jadi, manfaatkan masa dengan lakukan aktiviti sepuas-puasnya.

Krabi
Snorkelling di Phi Phi Island

#7. ADA TAK PERKHIDMATAN SEWA MOTOR ?

Di sana juga menawarkan perkhidmatan sewa motor bagi anda yang berminat untuk jalan-jalan ambil angin. Kebiasaannya kadar sewa adalah 200 baht untuk sehari. Untuk sewa motor ini anda tidak perlukan lesen tetapi passport anda akan dipegang sebagai jaminan. Helmet tidak diwajibkan tetapi digalakkan untuk dipakai melainkan anda rasa kepala anda diperbuat daripada besi.

Selalunya, motor akan disewakan dengan kadar minyak yang ngam-ngam untuk sampai ke stesen minyak berdekatan. Kalau anda kehabisan minyak, boleh dapatkannya di kedai-kedai runcit di tepi jalan dengan harga 40 baht sebotol.

Krabi
Perkhidmatan sewa motor turut disediakan di Krabi

#8. MEMILIH AGENSI PELANCONGAN

Jika anda bercadang untuk menggunakan Travel Agency, terdapat sangat banyak Travel Agency di sana. Jika anda berjalan, setiap minit anda akan jumpa satu Travel Agensi. Begitulah ibaratnya. Anda hanya perlu pilih sahaja pakej mana yang anda inginkan. Harus diingat, anda perlu pandai nego harga dengan pihak agensi ini kalau nak dapat harga murah.

BACA JUGA :   5 Destinasi Menarik Di Bali Yang Bakal Memukau Mata Dan Kamera Anda

#9. SEWA HOTEL / BILIK TUMPANGAN

Hotel ataupun bilik tumpangan boleh ditempah secara atas talian. Kenalah selalu check dekat Trivago dan Agoda kalau nak survey harga. Anda nak tempah secara walk-in pun boleh. Kedua-dua cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jika anda book online, anda tidak perlu berebut bilik dengan pengunjung lain tetapi harga tak boleh nego. Kalau walk-in pula, anda kadangkala perlu luangkan masa untuk cari bilik tetapi harga boleh nego dan selalunya akan dapat murah.

Krabi

Sedikit tips, jika anda suka berulang ke pantai, carilah bilik di kawasan AoNang. Bagi yang suka ke bandar, duduk lah di Krabi Town 2. Kedua-dua tempat ini ambil masa setengah jam sekiranya menaiki motor.

#10. KESELAMATAN

Soal keselamatan, di Krabi ini keselamatannya masih terjamin. Kes-kes seperti seluk saku dan peras ugut pelancong jarang berlaku. Pendek kata, anda boleh bersiar-siar dengan rasa aman. Namun begitu, tiada salahnya untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan orang di sekeliling anda.

#11. BAGAIMANA MENGGUNAKAN SERVIS TELCO DI SANA ?

Simkad banyak dijual di kedai serbaneka 7-Eleven dan Family Mart di sana. Antara servis telco yang khusus untuk pelancong adalah daripada service provider dtac. Jika anda menghadapi masalah untuk mengaktifkan simkad anda, boleh mintak tolong staff di kedai serbaneka tersebut untuk aktifkannya.

Simkad dtac

Teruskan layari Deenamik.com dan jangan lupa like FB Page Deenamik untuk terus dapatkan tips-tips travel ke pelbagai destinasi menarik di dalam dan luar negara.

Sumber :

Oh Kembara 

Facebook Comments

Loading...

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here