KUALA LUMPUR – Selepas mengharungi tahun 2017 yang mengecewakan Datuk Lee Chong Wei menamatkan penantian rakyat Malaysia selama 8 bulan apabila beliau merangkul kejuaraan badminton Terbuka Hong Kong kali ke-5 semalam.

Kemenangan Chong Wei mengalahkan Chen Long, jaguh dari China adalah wajar hasil kerja keras beliau.

Walaupun kemenangan ini tidaklah terlalu besar berbanding kemenangan terakhir All England yang dimenanginya tahun ini pada Mac lalu, Chong Wei percaya, perkara ini adalah perkara baik yang terjadi sebelum melangkah pada tahun hadapan.

Datuk Lee Chong Wei
Sumber foto: The Star

“Saya mencuba yang terbaik untuk mendapatkan semula rentak dan keyakinan. Saya harap kemenangan ini mampu membantu menaikkan semangat saya bagi menghadapi 2018 kerana terdapat banyak kejohanan besar menanti” kata beliau.

Katanya lagi, “tahun depan saya tidak akan menyertai begitu banyak kejohanan dan akan lebih selektif, jadi ini adalah pencapaian yang saya perlukan untuk pulihkan semangat saya”.

BACA JUGA :   "Pemain Negara Perlu Meningkatkan Kekuatan Fizikal" - Misbun Sidek

Datuk Lee Chong Wei sudah layak ke Siri Super Akhir (di Dubai, 13-17 Disember) tetapi tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi. Harapannya hanya dapat menutup tahun 2017 dan melangkah tahun 2018 dengan penuh keyakinan.

Datuk Lee Chong Wei
Sumber foto: The Star

Kejayaan di Colisuem Hong Kong bukan sahaja membolehkan Chong Wei mencatat kemenangan ke-14 daripada 27 pertemuan dengan Chen Long sejak 2009, malah membawa pulang pulang AS$30,000 (RM123,000).

Chong Wei, 35, yang sudah mengutip 46 gelaran Siri Super sepanjang kariernya bakal menggalas tugas besar pada Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Piala Thomas tahun depan. Dia juga menjadi sandaran dalam Kejohanan Dunia dunia di Nanjing, China.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang terus mempercayai saya walaupun banyak benda yang berlaku sepanjang lapan bulan dan saya tidak menang sebarang kejuaraan,” katanya lagi.

BACA JUGA :   Industri Sukan Malaysia Kembali Rancak.

Datuk Lee Chong Wei

Kekecewaan terbesar Chong Wei tahun ini adalah tewas mengejut kepada pemain Perancis, Brice Leverdez pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Glasgow, Ogos lalu.

Sementara itu, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, “Chong Wei lebih menikmati perlawanan dan tidak gopoh ketika mengatasi Chen Long. Saya rasa, dalam pertembungan hari ini dia main sangat bagus dan lebih berani”.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here