KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Mohamad Bakar menjelaskan tugas sebagai pengeluar pemain berkualiti untuk masa depan bola sepak negara adalah tanggungjawab persatuan negeri dan kelab, bukan 100 peratus di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sukar untuk melakukan perubahan dalam skuad kebangsaan sekiranya pasukan negeri dan kelab terus mengambil pendekatan menggunakan pemain ‘kitar semula’ tanpa mementingkan melahirkan bakat baru.

Datuk Mohamad Bakar berkata, siapa sahaja yang membimbing jurulatih Harimau Malaya pasti akan ‘pening kepala’ untuk melakukan pembaharuan dalam skuad itu kerana kekurangan pemain baharu bagi menggantikan pemain lama yang kualitinya sudah mencapai tahap maksimum.

Datuk Mohamad Bakar
Sumber foto: BH

“Masalah kita sekarang ini mahukan keputusan dalam tempoh singkat, baik FAM, persatuan negeri dan kelab. Bila main, semua nak menang dan bila kalah suruh pecat jurulatih” katanya lagi.

Mengapa hanya melakukan kerja yang senang dengan memecat jurulatih tetapi tidak melahirkan pemain baru yang berkualiti.

BACA JUGA :   Ini Sebab Mengapa Tan Cheng Hoe Utamakan Pemain 'Naturalisasi' Untuk Wakili Skuad Kebangsaan

Sebab itu pemain kita dalam Liga Malaysia (Liga M) sekarang ini jadi seperti roda, hanya pusing pemain sama atau diambil daripada pasukan lain.

Jika perkara ini terus berlaku, tidak akan ada pembaharuan dalam pasukan kebangsaan dan tahap prestasi Harimau Malaya tidak akan meningkat.

Datuk Mohamad Bakar
Sumber foto: BH

Sebelum ini, beberapa pihak mencadangkan jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada menyenaraikan pemain muda untuk mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa berikutan tiada peningkatan yang dicapai skuad sedia ada.

Malah, Vingada dilihat menurunkan lebih separuh pemain muda ketika tewas 1-4 kepada Korea Utara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 pada 13 November lalu.

Selain menyokong tindakan Vingada yang dianggap langkah awal pembaharuan Harimau Malaya, Mohamad turut menganggap faktor tidak mempercayai pemain muda juga menjadi punca pemain lebih senior sentiasa menjadi pilihan.

BACA JUGA :   3 Sebab Mengapa Harimau Malaya Berjaya Membelasah Bhutan 7-0

Datuk Mohamad Bakar

“Kalau kita tidak percaya terhadap kemampuan pemain muda, sampai bila kita nak tunggu perubahan? Sama juga di negeri, bila tengok pemain ini bekas main Liga Super, terus ikat kontrak dan letak dalam skuad utama walaupun prestasinya sudah menurun.

Katanya lagi “lupakanlah pemain lama, kita bina pasukan baharu. Keadaan kita sekarang ini sangat genting, tetapi kalau kita tidak buat sesuatu dan masih berada di takuk lama, memang tidak akan ada perubahan”.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

Dipetik & diolah dari BH

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here