Pasukan bola sepak negara berjaya menamatkan badi 12 perlawanan tanpa kemenangan apabila membenam Bhutan 7-0 di dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

 

Kali terakhir skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan adalah ketika menewaskan Kemboja di dalam aksi Piala AFF Suzuki pada tahun 2016. Ini juga adalah kemenangan pertama buat Tan Cheng Hoe selaku jurulatih setelah hanya seri 2-2 dengan Mongolia dan tewas 1-2 kepada Lubnan dalam perlawanan sebelumnya.

malaysia vs bhutan tan cheng hoe
Kredit foto : Nizam Rahman – www.asiana.my

Justeru, mari kita lihat apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kemenangan pasukan kebangsaan ke atas Bhutan :

Semua Pemain Bekerja Keras Dan Berdisiplin

malaysia vs bhutan

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan aksi yang cukup kemas dan berdisiplin sepanjang perlawanan itu. Ini terbukti apabila mereka berjaya membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi gol daripada Wan Zack Haikal Wan Nor.

Di sidang media selepas tamat perlawanan pula, Cheng Hoe memberikan pujian kepada semua pemain dan pihak yang terlibat kerana memberikan aksi cemerlang. Justeru, jurulatih Harimau Malaya itu menghadiahkan kemenangan tersebut kepada seluruh peminat bola sepak tanah air.

Sengat Zaquan Adha Terlalu Padu

malaysia vs bhutan
Zaquan Adha menjaringkan 4 gol malam tadi.

Empat gol yang dijaringkan Zaquan Adha jelas membuktikan kapten pasukan kebangsaan berusia 30 tahun ini masih berbisa di depan gawang.

Bukan setakat hebat menjaringkan gol, Zaquan juga bijak mencipta peluang untuk rakan sepasukan. Reaksi pantas beliau di dalam kotak penalti Bhutan membuatkan barisan pertahanan lawan tidak senang duduk sepanjang perlawanan.

Sudah lama Harimau Malaya merindukan seorang penyerang yang cukup berbisa seperti Zaquan.

Pasukan Bhutan Beraksi Teruk

malaysia vs bhutan

Hakikatnya, pasukan Bhutan yang dibarisi oleh pemain semi-pro bukanlah lawan sebenar Harimau Malaya. Dari segi ranking FIFA, Bhutan berada di tangga ke-188, 10 tangga di belakang Malaysia.

Jurulatih Bhutan, Trevor James Morgan mengakui dia tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Bhutan sebelum ini turut dibelasah oleh pasukan Maldives dengan skor 7-0 di dalam aksi kelayakan Piala Asia kumpulan D pada Rabu lalu.

Meskipun melepaskan 14 gol di dalam 2 perlawanan, Trevor berharap pasukannya akan banyak belajar daripada kesilapan untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.

Apa-apapun, ini adalah satu keputusan yang memberangsangkan daripada Harimau Malaya. Diharapkan prestasi sebegini mampu dikekalkan untuk perlawanan-perlawanan seterusnya.

malaysia vs bhutan

Untuk tidak terlepas sebarang info-info sukan menarik dari dalam dan luar negara, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk artikel atau iklan anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here