Negara Mesir adalah negara yang mempunyai paling ramai pelajar Malaysia di sana. Antara sebab negara ini menjadi pilihan pelajar adalah kos sara hidup dan kos yuran pengajian yang rendah.

Adapun begitu, bagi anda yang masih belum mengetahui, terdapat cara lain yang anda boleh lakukan sekiranya anda berimpian untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Islam. Cara tersebut adalah melalui pengajian di Maahad Buuth, Mesir.

Antara pelajar awal Madrasah.

Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah antarabangsa yang telah dikelola oleh Dewan Senat, Universiti Al-Azhar. Disifatkan sebagai sebuah ‘sekolah kebajikan’ pelajar tidak perlu membayar yuran pengajian sepanjang pengajian di Maahad Buuth berlangsung.

Pengajian di Maahad Buuth adalah tertakluk kepada prestasi pelajar. Prestasi pelajar pula akan dinilai mengikut ujian di setiap peringkat-peringkat yang tertentu. Dalam pada itu, pengajian semasa di Maahad Buuth adalah sepenuhnya dalam Bahasa Arab.

BACA JUGA :   Bina Kerjaya Dalam Bidang Perubatan Di Universiti Rusia

Jika anda berminat untuk mendalami ilmu Bahasa Arab dan seterusnya menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir, anda boleh mendaftar bersama Daulah Educonsult. Daulah Educonsult membuka peluang kepada anda di luar sana yang berlingkungan 14 sehingga 21 tahun untuk menyertai Program Madrasah.

Program Madrasah ini ditubuhkan sebagai program persediaan pelajar sebelum masuk ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar. Jika pelajar memang tidak mempunyai asas bahasa Arab juga dibolehkan untuk mendaftar. Apa yang penting adalah pelajar mempunyai azam yang tinggi untuk belajar.

Berikut adalah proses yang pelajar perlu lalui sebelum menjadi penuntut Madrasah atau Maahad Buuth.

Proses pengajian sebelum pelajar berjaya menuntut di Maahad Buuth adalah seperti yang berikut

BACA JUGA :   Sambung Belajar Di Rusia Menerusi Daulah Educonsult.

Program Madrasah

Jika anda memerlukan maklumat tambahan yang lebih mendalam berkenaan program Madrasah ini, anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult menerusi mana-mana talian di bawah.

Nombor pejabat : 03-92851322
Nombor khidmat pelanggan : 018-9624322
Nombor konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini daripada pihak Daulah Educonsult dengan melayari

Website : www.daulahmedic.com 
Facebook : Daulah Educonsult
Twitter : @DaulahEdu
Instagram : daulah_educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Tiktok : @daulahedu

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here