Menjadi seorang doktor adalah antara kerjaya yang agak sukar berbanding kerjaya lainnya. Tambahan, jika seseorang itu menjadi seorang doktor haiwan. Hal ini kerana, doktor haiwan tidak boleh berkomunikasi dengan pesakitnya.

Ketidakmampuan untuk berkomunikasi bersama pesakit menjadikan pekerjaan merawat menjadi sedikit mencabar. Hal ini kerana doktor haiwan akan bergantung sepenuhnya kepada sejarah pesakit dan keadaan pesakit sebagaimana yang sudah diceritakan oleh pemilik atau si pembawa pesakit.

Kerjaya sebagai doktor haiwan secara umumnya merangkumi keperluan penjagaan kesihatan haiwan tanpa mengira status haiwan sama ada haiwan peliharaan, ternakan, bahkan haiwan makmal. Kebanyakan doktor haiwan yang biasa kita jumpa adalah doktor-doktor di klinik haiwan swasta yang merawat kucing dan anjing. Namun, sebenarnya terdapat lebih daripada itu.

Berikut adalah antara contoh cabang kerjaya bagi seorang Doktor Veterinar

  1. Small Animal Clinic – haiwan peliharaan
  2. Pensyarah – akademik
  3. Ladang Ruminan – lembu, kambing dan biri-biri
  4. Ladang Poultry/ Ayam
  5. Zoo (wildlife)
  6. Turf Club/ Endurance – kuda
  7. Aquaculture – hidupan bawah laut
  8. Vaccine & Drug Company
  9. Laboratory – makmal penyelidikan
  10. Feedmill company
BACA JUGA :   Belajar Bidang Veterinar Di Universiti Luar Negara Menerusi Daulah Educonsult

Jika anda sangat berminat untuk menjadi doktor haiwan, anda perlu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang veterinar. Untuk itu, berikut adalah perkara yang anda bakal lalui untuk menjadi seorang pelajar bidang veterinar.

Menjalani ujian SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan peroleh minimum gred B bagi subjek Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik atau Matematik Tambahan.

Lanjutkan pengajian di peringkat Asasi, STPM, Matrikulasi atau Diploma dalam bidang yang berkaitan. Memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas.

Apabila sudah selesai, anda akan boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti yang menawarkannya. Jika di Malaysia, terdapat beberapa universiti yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Veterinar.

Antaranya adalah Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan. Adapun begitu, kemasukan ke universiti dalam negara adalah sangat terhad. Oleh yang demikian, jika anda tidak berjaya untuk memasuki ke universiti di dalam negara, terdapat juga peluang untuk sambung pengajian dalam bidang veterinar di luar negara.

BACA JUGA :   "Dhaka Medical College" Pilihan Bakal Mahasiswa Perubatan kini

Antara universiti luar negara yang menawarkan bidang veterinar adalah seperti yang berikut

INDONESIA

  1. Universitas Airlangga, Surabaya
    Universitas Airlangga (UNAIR) - Jurusan, Akreditasi, Fakultas
  2. Institut Pertanian Bandung, Bandung

BANGLADESH

  1. Bangladesh Agricultural University, Mymensingh

Anda mahu mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan peluang sambung belajar yang ditawarkan di kedua-dua negara tersebut? Ayuh dapatkannya bersama pihak Daulah Educonsult. Daulah Educonsult sedia untuk membimbing dan membantu anda yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara.

Daulah Educonsult boleh dihubungi menerusi

Nombor pejabat : 03-92851322
Talian khidmat pelanggan : 018-9624322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Website : www.daulahmedic.com 
Facebook : Daulah Educonsult
Twitter : @DaulahEdu
Instagram : daulah_educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Tiktok : @daulahedu 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here