Negara Mesir tidak dinafikan menjadi sebuah negara yang mempunyai ramai pelajar Malaysia. Sehingga kini, seramai 8,000 lebih pelajar Malaysia sedang menyambung pengajian di Mesir melalui pelbagai bidang. Antara bidang-bidang tersebut seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Usuluddin, Syariah Islamiah, Bahasa Arab dan lain-lain.

pelajar daulah

Cara kemasukan ke Mesir juga adalah sedikit ketat berbanding ke negara lain. Sebagai contoh, jika pelajar ingin memohon kemasukan ke universiti di sekitar Mesir, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menetapkan syarat seperti yang berikut.

      • Bagi subjek sains kesihatan : SPM perlu peroleh minimum gred B bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Matematik.
      • Bagi subjek pengajian Islam :  STAM perlu peroleh minimum pangkat Jayyid.
      • Bagi kemasukan ke Ulum Islamiah : SPM perlu minimum gred B  Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran Sunah.

Jika anda memerlukan bantuan untuk menyemak kelulusan keputusan anda bagi kemasukan ke Mesir, anda boleh mendapatkan khidmat agensi konsultasi pendidikan seperti pihak Daulah Educonsult.

Selain daripada itu, Deenamik akan berkongsikan sedikit tips atau cara yang anda boleh terap atau praktikkan semasa sambung belajar di Mesir. Hal ini kerana semestinya suasana dan budaya yang berbeza di antara Malaysia dan Mesir. Jom kita ketahui satu per satu tips yang ada.

  1. Kuasai Bahasa Arab asas
    – Antara yang penting adalah seperti perbualan harian, papan tanda, serta nombor atau harga.
  1. Jangan mudah percaya
    – Ini adalah tips survival yang paling utama jika sambung belajar di luar negara. Jika baru berkenalan, elakkan untuk terus percaya.
  1. Sentiasa bawa duit kecil/ baki
    – Mengelakkan diri diberikan gula-gula atau minta dihalalkan oleh si penjual.

    Egyptian pound
  1. Jangan minum air di tepi jalan atau ambil apa-apa pemberian orang yang tidak dikenali
    – Elak daripada dijangkiti penyakit kerana tidak dijamin kebersihan atau disuruh membayar pemberian yang diberikan.
  1. Elak bertengkar dengan rakyat tempatan dan cuba bergaul dengan kenalan sekuliah dari Mesir
    – Jangan sesekali terlibat dengan bertengkaran di antara rakyat tempatan namun jangan hindari rakan sekuliah dari rakyat tempatan.
  1. Pastikan visa sentiasa hidup
    – Tempoh pasport juga digalakkan untuk dilanjutkan sehingga pelajar tamat pengajian di Mesir, dan sentiasa pastikan visa anda hidup untuk elak ditahan.
  1. Ketahui lokasi-lokasi penting
    – Antara lokasi penting adalah balai polis, klinik, hospital, mesin atm/bank, dan lain-lain sebagai rancangan jika ada kecemasan.
  1. Berpersatuan dan berorganisasi
    – Peluang untuk sambung belajar di luar negara sepatutnya digunakan sebaik mungkin, serap segala ilmu yang ada namun jangan sampai mengabaikan tujuan utama untuk belajar.
BACA JUGA :   Bukan Sekadar Padang Pasir Tandus Biasa

Jika anda mempunyai tip-tip lain yang mungkin boleh digunakan semasa menyambung pengajian di luar negara atau negara Mesir, anda boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah. Selain itu, sekiranya anda memerlukan khidmat agensi pendidikan untuk sambung belajar di luar negara, Daulah Educonsult sedia untuk membantu anda.

Daulah Educonsult boleh membantu anda dari segi pendaftaran kemasukan ke universiti, pengurusan penginapan, dan lain-lain. Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi pihak Daulah Educonsult menerusi

Nombor pejabat : 03-92851322
Talian khidmat pelanggan : 018-9624322
Konsultan utama : 013-2090322 (Tuan Syed)

Website : www.daulahmedic.com 
Facebook : Daulah Educonsult
Twitter : @DaulahEdu
Instagram : daulah_educonsult
Youtube : Daulah Educonsult
Tiktok : @daulahedu 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here