Aktres kontroversi Fathia Latiff kembali mencuri perhatian umum menerusi status di laman twitternya, baru-baru ini.

Kali ini bintang drama Ariana Rose ini meluahkan keinginannya untuk menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Latiff

“Saya pernah interview Tun (Dr Mahathir Mohamad) sebelum ni, boleh tak bagi saya peluang utk interview @NajibRazak pulak (Najib)? pleassee? I promise i’ll be good,” tulisnya.

Kelmarin, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, mempersoalkan siasatan yang dijalankan terhadap Dr Mahathir berkenaan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (Forex).

“Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Dr Mahathir) berkhidmat pada negara baru nak dakwa? Inilah dinamakan ‘bijak’?” soalnya.

BACA JUGA :   Netizen Selongkar Sijil Akademik Pemimpin PH

Tidak hanya itu, menerusi statusnya Fathia berkata, jika ‘ingin membuka cerita lama’, siasatan patut juga dibuat terhadap dakwaan ‘sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi individu tertentu’.

Latiff

“Siasatan perlu dibuat dan ‘keputusannya’ didedahkan kepada umum kerana masih ada persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya. Setuju?” soalnya.

Awal November lalu, status Fathia terus menjadi perhatian apabila mempersoalkan mengenai harga minyak.

Tidak hanya itu, Fathia juga hebat dikecam hanya kerana mempersoalkan sama ada Najib melawat pusat banjir di Pulau Pinang.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Layari Daulah Online Bookstore, Kedai Buku Online Yang Menawarkan Buku-Buku Bestseller Idaman Anda Dengan Harga Termurah Di Malaysia!
Daulah.com

Sumber:

BACA JUGA :   Penganalisis: PM Najib Belah Bahagi Menyelar Tindakan Donald Trump Berkenaan Baitulmaqdis

Dipetik & diolah dari MD

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here