Lelaki yang mati ditikam dan dilanggar dengan kereta di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru disahkan sebagai ketua kumpulan kongsi gelap, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perselisihan dan perebutan dua kumpulan kongsi gelap dikenal pasti menjadi punca kejadian.

Polis menubuhkan pasukan khas di peringkat negeri bagi menyiasat kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin.

Ditikam

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata Bukit Aman akan memantau perkembangan kes berkenaan bagi memastikan suspek dapat ditahan secepat mungkin.

“Pasukan khas ini akan melihat dan mengumpul risikan serta memastikan suspek dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah,” katanya.

BACA JUGA :   Wanita Sanggup Telan Cincin Berlian, Ditahan Oleh Pihak Polis

“Polis giat memburu empat suspek yang dikenal pasti berada dalam kenderaan terbabit. Siasatan terperinci dilakukan dan kita yakin berlaku perselisihan antara dua kumpulan berkenaan.

Ditikam

“Tindakan tegas akan diambil ke atas kumpulan kongsi gelap manakala langkah pencegahan akan dikenakan kepada pertubuhan yang melanggar Akta Pertubuhan 1966,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis bersiap siaga terhadap tindakan balas dendam membabitkan kumpulan kongsi gelap terbabit.

“Itu budaya mereka dan (balas dendam) jadi kebiasaan, namun polis sentiasa siap siaga dan tiada hari tanpa operasi,” katanya.

Ditikam

Mangsa yang berusia 30-an mati akibat ditikam di jantung sebelum digilis dengan sebuah kereta ketika mengisi angin tayar di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru. Mangsa turut dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta jenis BMW 520i.

BACA JUGA :   Lagi Rampasan Barangan Mewah Berkaitan Siasatan 1MDB

Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa kes berpunca daripada pergaduhan kumpulan kongsi gelap, Noor Rashid berkata, pihaknya ada menerima beberapa maklumat berkaitan perkara itu.

Antara maklumat diterima adalah berkaitan memberi pinjaman wang dan ada kemungkinan perebutan kawasan. Kita mahu membuat kesimpulan awal.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Dipetik dan diolah dari Berita Harian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here