Adakah anda peminat siri popular HBO, Games Of Thrones yang sudah ditayangkan selama beberapa musim sebanyak tujuh siri. Para peminat semestinya sudah tidak sabar menanti tayangan musim ke lapan siri menarik ini!

thrones

Namun sementara menanti, anda mungkin boleh berfantasi terlebih dahulu dengan merasai pengalaman menginap di hotel unik yang bertemakan konsep Games Of Thrones.

thrones

Hotel unik ini terletak di Finland. Ia merupakan sebuah hotel ais yang diberi nama Lapland Hotels SnowVillage. Hotel SnowVillage ini terletak bersebelahan dengan resort Kitilla. Ia berkonsepkan karakter dan tema siri GOT dan mula beroperasi sejak Disember lalu sehingga 30 April 2018.

thrones

Mempunyai 24 bilik termasuk 10 suite, setiap bilik berharga USD200, bayaran masuk USD17 dan pemandu pelancong berharga USD78. Dekorasi yang ditetapkan untuk setiap bilik merupakan hasil rekaan para pengukir ais profesional dunia yang terdiri dari negara Russia, Poland, Latvia dan Ukraine.

BACA JUGA :   5 Sebab Kenapa Sistem Pendidikan Finland Diiktiraf Terbaik Di Dunia

thrones

Untuk membina ukiran dalam Hotel SnowVillage ini, sebanyak 20 kilogram salji dan 350,000 kilogram kristal ais semulajadi yang digunakan untuk membina ukiran dalam hotel ini.

thrones

Antara dekorasi yang menjadi tarikan utama para pelancong dan pelawat adalah seperti sebilah pedang gergasi dan ukiran wajah ‘Braavosi Hall of Faces’.

thrones

Suhu dalam seluruh hotel ini hanyalah 23 darjah celcius dan pelanggan boleh menginap di sini hanya selama satu malam sahaja dengan memakai thermal dan tidur menggunakan sleeping bag.

thrones

Di sini juga terdapat sebuah restoran bagi anda yang ingin mengisi perut yang lapar. Restoran ini diberi nama ‘The Snow Restaurant’ yang menawarkan pelbagai hidangan istimewa termasuklah hidangan seperti daging rusa. Anda pasti ingin mencuba dan merasai bagaimana rasanya daging rusa.

BACA JUGA :   5 Sebab Kenapa Sistem Pendidikan Finland Diiktiraf Terbaik Di Dunia

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here