Pencapaian pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menjadi kebangaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail dengan pasukan tersebut selepas layak bersaing di kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selama tiga musim berturut-turut.

pencapaian

Pencapaian mereka tetap mencatatkan sebagai sesuatu yang membanggakan walaupun hasrat skuad bimbingan Ulisses Morais itu untuk melangkah ke pusingan ketiga seperti yang pernah dilakar musim lalu tidak kesampaian.

Tigers berkata,

Perjalanan JDT masih lagi jauh untuk mencapai sasaran namun tidak perlu berhenti sehingga apa juga matlamat yang disasar mampu digapai.

Tunku Mahkota Johor tetap bangga selepas JDT bermain di peringkat tertinggi ini dan menjadi satu-satunya kelab dalam negara yang sudah berada di tahap itu.

pencapaian

Tambahan lagi, baginda berbual dengan dengan jurulatih (Morais) selepas perlawanan menerusi telefon dan menyatakan bukan saya suka dengan kekalahan ini tetapi keputusan itu memberi `wake-up call’ kepada setiap pemain.

Kita tidak boleh selesa dan terlalu yakin, sebaliknya perlu lebih bekerja keras. Ini adalah proses jangka panjang dan saya optimis tahun ini kita akan lakukan yang terbaik dan pasukan ini akan belajar daripada kesilapan.

“Bagaimanapun, kita harus bangga kerana kita sudah berada di tahap yang tiada pasukan lain lakukan,” kata Tunku Ismail.

pencapaian

Kemaraan skuad Harimau Selatan untuk memburu slot ke pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) disekat Muangthong United FC selepas anak buah Totchtawan Sripan itu menang 5-2 pada aksi di Stadium Nasional Supachalasai, Bangkok, Thailand, semalam.

pencapaian

Tunku Ismail menegaskan betapa JDT adalah tanggungjawabnya dan seluruh barisan kejurulatihan termasuk Pengarah Sukan, Martin Prest tahu apa yang bakal dilakukan selepas ini.

“Perjalanan kita masih jauh dan kita tidak boleh berhenti hingga mencapai matlamat,” kata Tunku Ismail.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: BeritaHarian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here