Kehidupan kita memerlukan pengorbanan besar untuk berjaya. Tapi adakah cukup sekadar berjaya memperolehi harta yang banyak, kereta yang banyak di hadapan dan memiliki rumah yang besar. Adakah itu akan menjamin kebahagiaan hidup anda?

 

Pastinya semua itu sama sekali tidak akan menjamin kebahagiaan hidup anda di luar sana, malah tidak untuk jangka masa panjang. Ramai yang terlalu mengejar kekayaan dan kemewahan tetapi lupa akan kesihatan diri yang begitu berharga kepada setiap individu. Walaupun terlalu sibuk dengan komitmen kerja di pejabat, kita tidak sepatutnya mengabaikan kesihatan diri.

Hampir setiap hari berita televisyen, radio dan media sosial memaparkan masalah penyakit seperti obesiti yang dialami masyarakat di seluruh dunia. Adakah anda masih tidak sedar akan perkara ini? Anda sepatutnya mengubah gaya hidup tidak sihat kepada gaya hidup yang lebih sihat. Setinggi manapun harta yang kita miliki jika tubuh sudah mula rapuh dan tidak berdaya untuk berdiri maka semua itu hanyalah sia-sia.

Jangan berhenti membaca, di sini juga terdapat beberapa tips kesihatan untuk anda semua yang perlu diamalkan agar dapat menjamin kebahagiaan hidup anda pada keesokan hari malah di hari-hari seterusnya.

kebahagiaan hidup

  1. Perbanyakkan minum Air

Minumlah air sebanyak mungkin kerana ia adalah ubat yang sangat mujarab untuk kesihatan kita, jangan memandang remeh tentang air. Jika kita kekurangan air, tubuh akan menjadi lemah, suhu mudah naik dan cepat berasa lenguh pada bahagian-bahagian sendi tubuh.

Digalakkan pada setiap hari kita harus minum air sebanyak 2.5 liter (anggaran 8 gelas). Hal ini kerana, pengisian air dalam tubuh akan memudahkan pencernaan, menyingkirkan toksik yang terkandung dalam tubuh dan membawa oksigen serta nutrient yang diperlukan.

Diingatkan juga supaya membawa air pada setiap hari ketika di tempat kerja atau dimana-mana sahaja untuk memastikan anda tidak mengalami masalah kekurangan air dalam tubuh.

BACA JUGA :   Bebaskan Tubuh Anda Daripada Toksin Dengan Colonis D’Mestica.
kebahagiaan hidup
sumber foto : siakap keli
  1. Pastikan tidur anda mencukupi

Kekurangan tidur akan menyebabkan tubuh menjadi lemah dan tidak bermaya. Kita sepatutnya sentiasa memastikan tempat tidur yang selesa supaya tidak mengalami gangguan semasa tidur. Pastikan juga selepas makan anda tidak terus tidur kerana proses pencernaan makanan itu belum selesai. Sehubungan itu, kurang tidur juga akan membawa kepada penuaan pra-matang kepada seseorang. Oleh itu, pastikan anda mempunyai tidur yang cukup untuk terus kekal sihat.

kebahagiaan hidup

  1. Bermeditasi

Memberi ketenangan pada diri dengan cara bertafakur yang sering diamalkan oleh individu untuk membuatkan fikiran mereka tenang walaupun mempunyai banyak masalah pada setiap hari. Bertafakur merupakan cara terbaik untuk keseimbangan emosi, duduk dan berdiam diri, kosongkan fikiran dan cuba bayangan diri anda berada di suatu tempat yang indah dan menarik. Lakukan dalam beberapa minit sehingga mengembalikan semula pemikiran positif dalam diri.

kebahagiaan hidup

  1. Kerap melakukan senaman

Eh untuk apa pula bersenam, cukuplah dengan minum air yang banyak, tidur mencukupi dan bertafakur! Dah dah, cukup semua tu!

Bukan setakat itu wahai teman-teman sekalian, bersenam juga adalah salah satu faktor kehidupan sihat. Cuba lihat bagaimana keadaan sebuah kenderaan yang tidak dihidupkan enjinnya selama beberapa lama, pasti akan ada masalah ketika cuba menghidupkannya bukan? Begitu juga dengan sistem tubuh kita. Jika hanya duduk memerap dalam rumah fungsi organ dalam tubuh akan menjadi lemah, berjalan 50 meter akan membuatkan kita beras cepat letih, semput dan sebaginya. Haa itu lah yang dikatakan fungsi semakin lemah!

Jadi anda dinasihatkan supaya konsisten melakukan aktiviti riadah, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Menurut kajian, apabila kita kerap melakukan senaman peratusan tekanan atau ‘stress’ akan berkurangan kerana ketika melakukan aktiviti-aktiviti luar ia akan membuatkan kita terlupa pada masalah kerja.

BACA JUGA :   Waspada Kanser Kolorektal

kebahagiaan hidup

  1. Diet seimbang

Ramai yang bertekad untuk ‘diet’ tapi tidak melakukannya secara seimbang. Bukan sekadar ‘diet’ tapi bagaimana cara ia dilakukan agar kekal seimbang dalam kehidupan kita?

Banyakkan mengambil buah-buahan segar kerana banyak kandungan mineral dan vitamin didalamnya. Sayur-sayuran segar juga sama seperti buah-buahan. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna terang sangat bagus untuk tubuh kerana kaya dengan anti-dioksida. Pastikan anda terus amalkan diet seimbang seperti ini.

kebahagiaan hidup

  1. Elakkan dari mengambil ‘fast food’

‘Fast food’ atau makanan segera pada hari ini begitu popular kerana menjamin keenakan dan menjimatkan masa individu terutama mereka yang bekerja di kawasan-kawasan bandar. Perlu diketahui bahawa ‘fast food’ adalah makanan yang diproses dari kilang dan dicampurkan bahan pengawet yang tidak baik untuk kesihatan kita. Kandungan bahan seperti garam sangat tinggi, dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Anda perlu bertukar kepada makanan segar sekarang agar kehidupan lebih baik dan sihat.

kebahagiaan hidup

  1. Jangan lupa untuk membuat pemeriksaan kesihatan

Setiap seorang perlu melakukan pemerikasaan kesihatan secara berkala untuk memastikan kita mengetahui tahap kesihatan diri. Jangan hanya melihat pada luaran sahaja, pemeriksaan dalaman juga amat penting kerana kita tidak mampu menilainya dengan sendiri. Kita perlu berjumpa doktor untuk dapatkan bantuan di mana-mana hospital berdekatan. Bak kata, mencegah itu lebih dari merawatnya.

Semoga tips yang dikongsikan kepada anda semua bermanfaat dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here