Sekali lagi Malaysia berada dalam kedudukan carta yang teratas di seluruh dunia, tetapi bukan dalam kedudukan yang sepatutnya disenangi oleh anda semua!

Melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak adalah perkara yang berlanggar dengan undang-undang dan tidak disenangi oleh orang ramai, tetapi nampaknya perkara ini menular dan semakin meningkat di Malaysia.

pornografi

Adakah anda mengetahui bahawa Malaysia mempunyai IP yang paling tinggi dalam memuat turun dan memuat naik video berkaitan dengan gangguan seksual bersama kanak-kanak. Kajian ini adalah berdasarkan laporan The Star.

Jumlah menunjukkan bahawa sebanyak 20,000 IP dari Malaysia yang memuat turun dan memuat naik video pornografi kanak-kanak dan inilah yang meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara yang terletak di carta teratas menggemari pornografi kanak-kanak.

Sesetengah pihak juga berkata bahawa lebih dari 60% kanak-kanak meluangkan masa mereka di laman sosial tanpa pemantauan ibu bapa.

Berikutan perkara ini, semakin ramai kanak-kanak telah diumpan oleh pedofilia dan menipu mereka. Diingatkan supaya ibu bapa sentiasa menjaga tindak tanduk anak-anak mereka.

pornografi

Menurut Asst Comm Ong Chin Lan dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Polis Diraja Malaysia, mendedahkan berapa jumlah yang telah dikumpul pada tahun 2015 menunjukkan bahawa sebanyak 17,338 video pornografi kanak-kanak datangnya dari negara Malaysia. Perkara ini sungguh tidak menyenangkan!

Pada tahun 2014, dianggarkan sebanyak 60 kanak-kanak menderita daripada gangguan seksual yang telah dilakukan secara “online” oleh seseorang tidak dikenali.

pornografi

Jumlah ini bertambah sebanyak tiga kali ganda pada tahun 2015 dan 2016. Pada tahun 2017, jumlahnya sudah berkurang sedikit.

Jadi, bagaimana kanak-kanak ini bertemu dengan pemangsa?

Sebanyak 51% dalam jurang yang berumur 12 sehingga 15 tahun bertemu dengan pemangsa dari WeChat dan selainnya mereka bertemu melalui Facebook, WhatsApp dan Beetalk.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: World Of Buzz

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here