Apa Itu Yoga?
Yoga merupakan disiplin-disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India; matlamat yang dicapai disiplin-disiplin ini; dan salah satu dari enam fahaman ortodoks (āstika) dalam falsafah Hindu.
Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit ada banyak maknanya seperti “menggabung”, “menyatukan”, “kesatuan”, “gabungan”, atau “kaedah” serta diterbit dari kata akar yuj, yang bererti “mengawal”, “menyangga” atau “menyatukan”.
Dapat Lebih RM 60K Dengan Hanya Mengajar Yoga?
Kelas Yoga merupakan senaman yang elok untuk mereka yang mempunyai fleksibiliti yang baik dan untuk menjadi guru yoga pada umur yang amat muda adalah suatu perkara yang mustahil. Adakah benar? Jika anda baca sehingga habis semestinya anda akan menarik semula kenyataan diatas.
Sun Chuyang atau Mike, 7 yang berasal dari China ini merupakan seorang guru yoga termuda dalam dunia. Kebanyakan kanak-kanak pada umurnya pasti akan menghabiskan masa untuk menonton kartun kegemaran mereka. Akan tetapi, dia telah memperoleh lebih dari RM 60K dengan hanya menjadi guru yang mengajar senaman tersebut.
Mike mempelajari Yoga sejak dia berumur 3 tahun dan telah diiktiraf sebagai guru pada tahun lepas. Minatnya makin mendalam terhadap senaman itu apabila Mike sering mengikuti ibunya ke kelas.
Tujuan sebenar ibu Mike membawanya ke kelas yoga adalah kerana tidak mahu dia keseorangan. Sebaliknya, yang mengejutkannya adalah anaknya itu dapat mempelajari yoga dengan mudah sekali!
Mike sebenarnya mempunyai masalah autisme dan melalui pembelajaran senaman tersebut, ia amat membantunya. Sejak Mike mula menunjukkan minat yang mendalam, ibunya mula mendaftar yoga untukkedua-dua mereka.
Gurunya juga menggalakkannya untuk menjadi guru yoga kerana prestasinya sangat memberangsangkan! Setakat ini Mike mempunyai hampir 100 anak murid yang terdiri dari umur tujuh dan lapan.
Hukum Yoga Dalam Islam
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan Tuhan (berunsur Hindu), adalah bertentangan dengan syariat Islam.
Amalan fizikal iaitu senaman tanpa unsur-unsur mantera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan namun tetap tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim.
Justeru, senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan Hindu boleh membawa kepada kesyirikan dan dengan itu adalah haram.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com