Jom, Kenali Malaria Dengan Lebih Mendalam

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun.

David Becham

Loading...

Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus Anopheles (nyamuk tiruk), terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di Afrika.

Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika.

Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara Arika, Asia Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika Tengah dan Selatan, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.

David Becham

Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari Amerika, Asia, dan Afrika.

Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika.

David Becham

Malaria biasanya dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.

David Becham Memerangi Malaria!

Legenda bola sepak British, David Beckham menggunakan kuasa popularitinya untuk menyemai kesedaran memerangi malaria dengan slogan “Malaria must die – so millions can live.”

David Becham

Atlet yang sudah bersara itu menyertai kempen anjuran sebuah badan kebajikan British, Malaria No More UK, dengan membintangi sebuah filem pendek di mana beliau diletakkan di dalam kotak kaca dan dikerumuni nyamuk.

Adegan itu merujuk kepada cara malaria disebarkan menerusi gigitan serangga penghisap darah itu.

David Becham

“Serangga ini cukup menjengkelkan di tempat-tempat seperti di United Kingdom (UK) sebaliknya di kebanyakan lokasi lain di dunia, gigitan nyamuk adalah menakutkan dan membawa maut,” kata Beckham.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), walau berjaya dikekang sejak beberapa tahun lalu, malaria terus membunuh kira-kira 445,000 orang setahun.

David Becham

“Ini tidak boleh diterima,” kata Beckham, yang juga ahli Majlis kepimpinan Malaria No More UK dan Duta Muhibah tabung kanak-kanak untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Bekas kapten bola sepak England, yang bersara sejak 2013 itu tetap menjadi selebriti global. Semasa berada di puncak kerjaya, beliau pernah menjadi pemain tengah untuk kelab utama termasuk Manchester United dan Real Madrid.

David Becham

Kempen ‘Malaria must die’ memfokus untuk mendesak pemimpin negara-negara di Komanwel termasuk Britain dan sebahagian besar bekas tanah jajahannya, untuk mengamalkan dasar yang bertujuan untuk menghapuskan penyakit ini.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here