nissan leaf baharu

Kenderaan elektrik (EV) Nissan LEAF baharu akan dijual di tujuh pasaran Asia dan Oceania, termasuk Malaysia pada tahun fiskal akan datang.

Nissan Motor Co Ltd dalam satu kenyataan berkata, selain Malaysia, model itu juga akan memasuki pasaran Australia, Hong Kong, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Thailand.

Syarikat itu juga mungkin memperkenal kereta pelepasan asap sifar itu di pasaran lain di rantau ini, termasuk Indonesia dan Filipina.

 nissan leaf baharu

Satu kajian yang dijalankan oleh Frost Sullivan mendapati permintaan kukuh  menunjukkan bahawa pasaran untuk EV berpotensi berkembang pesat di Asia Tenggara.

“Nissan sedang berusaha untuk membawa generasi baru EV yang paling laris di dunia itu ke lebih banyak pasaran.

“LEAF baru adalah pendekatan syarikat untuk menggerakkan orang ramai ke dunia yang lebih baik dengan menukar bagaimana kereta dikuasai, dipacu dan diintegrasikan ke dalam masyarakat,” kata Naib Presiden Kanan Serantau Nissan, Yutaka Sanada pada majlis ‘Nissan Futures’ di Singapura hari ini.

nissan leaf baharu

Sejak model pertama LEAF diperkenal pada 2010, Nissan telah menjual lebih 300,000 unit. Model yang direka bentuk semula sepenuhnya diperkenal pada September 2017 dengan penghantaran bermula sebulan kemudian di Jepun.

Untuk Malaysia, Leaf dijangka akan memasuki pasaran sini pada hujung suku ke empat tahun ini, seperti mana yang pernah diumumkan tahun lalu.

Pengarah Jualan dan pemasaran Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Chris Tan mendedahkannya pada paultan.org, pihaknya merancang untuk mempamerkan EV ini buat pertama kalinya untuk Malaysia di 2018 Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 18) pada November ini, dengan pra-jualannya bermula selepas itu.

Walau bagaimana pun, harganya masih belum ditentukan. Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini. Leaf mungkin akan hadir dengan model pemasangan tempatan (CKD) bagi memenuhi kelayakan mendapat insentif di bawah skim Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Oleh itu ETCM mungkin patut melaksanakan pelaburannya kilang pemasangan untuk memasang EV ini secara CKD, atau bekerjasama dengan kerajaan untuk mengelakkan harga yang lebih tinggi bagi kenderaan elektrik CBU.

nissan leaf baharu

Untuk pengetahuan, Leaf baharu ini menampilkan peningkatan yang agak signifikan daripada segi prestasi berbanding model generasi kedua. Ia kini mampu menghasilkan 38% lebih kuasa dan 26% lebih tork, pada 110 kW (148 hp) dan 320 Nm. Ia juga menggunakan bateri lithium-ion 40 kWh berkapasiti tinggi bagi menambahkan lagi kuasa pacuan elektrik sehingga 378 km (mengikut kitaran NEDC). Sebagai perbandingan, Leaf terdahulu menggunakan bateri 30 kWH yang mampu dipacu sehingga jarak 250 km.

Leaf telah pun ke pasaran domestik Jepun, bermula Oktober tahun lalu. Diikuti dengan USA dan Kanada pada Januari 2018. EV ini juga bakal ke Eropah pada bulan ini, dan seterusnya ke lebih 60 pasaran lain di seluruh dunia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here