Adalah sangat tidak elok untuk menggunakan telefon bimbit ketika memandu ? Adakah ianya sebab utama yang mendorong kepada kemalangan jalan raya ? Di Perancis, penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal dikenal pasti sebagai punca utama kemalangan jalan raya di negara tersebut. Bukan itu sahaja, menggunakan telefon bimbit walaupun selepas memberhentikan kenderaan boleh menyebabkan lesen memandu seseorang itu digantung.

Perancis

Loading...

Berhubung isu tersebut, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya akan meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk menjalankan kajian bagi membuktikan ianya adalah satu perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pengguna jalan raya di negara ini.

Tidak dinafikan, telefon bimbit sering digunakan ketika memandu dengan kewujudan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan mesej multimedia. Fungsinya bukan lagi menjadi telefon biasa sebaliknya telah menjadi telefon pintar dengan pelbagai kemudahan.

Perancis

Dalam satu penghakiman mahkamah tinggi pada Februari, pemandu di negara itu dilarang menggunakan telefon bimbit bukan sahaja ketika memandu malah sewaktu enjin kenderaan dimatikan, selagi seseorang itu tidak berhenti di kawasan parkir yang telah ditetapkan. Had laju maksimum di jalan raya dua lorong dari 90 kilometer juga diubah kepada 80 kilometer sejam.

Seorang pemandu yang melanggar undang-undang itu mungkin berdepan penggantungan lesennya secara serta-merta, satu hukuman yang lebih berat berbanding tindakan memotong mata atau denda seperti sebelumnya.

Perancis

Satu-satunya pengecualian ialah apabila kereta rosak dan ketika seseorang itu terlibat dalam kemalangan, menurut penghakiman baharu tersebut. Undang-undang tersebut bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana kadar kemalangan jalan raya di Perancis adalah sangat tinggi.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Malaysian Digest

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here