Sumber foto : Chester

Sejak akhir-akhir ini, isu kebanjiran pelabur-pelabur China di Malaysia telah menjadi satu fenomena yang hangat diperkatakan. Ada yang bersetuju dan ada yang membangkang. Namun satu hakikat yang perlu kita akui adalah pelaburan-pelaburan gergasi dan berketeknologi tinggi daripada China ini telah banyak mengubah landskap ekonomi Malaysia. Banyak revolusi positif dapat disaksikan dalam beberapa sektor terutamanya pembuatan dan pembinaan.

China

Transformasi Sektor Pembuatan & Pembinaan

Dalam sektor pembuatan, Malaysia kini sudah menjadi pengeluar sel solar ketiga terbesar di dunia selepas China dan Taiwan. Pencapaian drastik ini dicapai selepas 2 syarikat China melabur dalam industri sel solar di Sarawak dan Pulau Pinang.

Jika sebelum ini kita terpaksa membelanjakan RM1.5 bilion setahun untuk mengimport barangan kaca, namun kini kita sudah berupaya menjadi negara pengeksport kaca selepas mereka melaburkan berbilion ringgit di dalam sektor tersebut tahun lepas.

Bagi pembinaan pula, teknologi canggih yang digunakan oleh kontraktor China dalam membina menara Tun Razak Exchange (TRX) dilihat sangat mengagumkan. Mereka berjaya menyiapkan satu tingkat menara dalam masa tiga hari sahaja.

Ini sangat berbeza dengan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mengambil masa sebulan untuk satu tingkat, apabila pembinaan menara itu dikendalikan oleh syarikat Jepun dan Korea pada masa itu. Justeru, ianya jelas membuktikan syarikat-syarikat China ini mempunyai kepakaran teknikal dan kejuruteraan yang sangat tinggi.

Sektor Pelancongan Turut Berkembang

Sektor pelancongan juga turut sama menerima manfaat. Hasil daripada jalinan kerjasama antara Malaysia dan China, ramai pelancong-pelancong daripada sana berpusu-pusu datang berkunjung ke negara ini. Menurut statistik, pelancong yang paling ramai datang ke Malaysia pada tahun lepas adalah daripada China dengan jumlah sebanyak 2.2 juta pelancong.

China
Pelancong-pelancong dari China itu membanjiri negara ini

Lebih menarik, secara puratanya setiap pelancong China membelanjakan kira-kira RM5,000 seorang ketika melancong ke Malaysia. Ini sekaligus menyumbang sebanyak RM11 bilion kepada ekonomi tanah air.

Ini belum lagi bercerita tentang kilang tekstil berteknologi tinggi yang dibangunkan di Johor Bharu. Kerjasama strategik antara Proton dan Geely dalam sektor automotif. Penubuhan Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang membantu ekonomi Malaysia bergerak ke arah lebih digital, dengan bantuan kepakaran daripada Alibaba.

China
Pengasas Alibaba, Jack Ma

Dalam masa sama, sektor minyak dan gas juga tidak ketinggalan apabila pembinaan laluan paip yang memudahkan penghantaran produk-produk berasaskan minyak daripada Melaka ke Kedah akan dibina dalam masa terdekat. Di Sabah pula, projek laluan paip gas yang bernilai berbilion ringgit dari Sandakan ke Kimanis juga akan disiapkan.

Situasi ‘Win-Win’ Bagi China Dan Malaysia

Jadi sebenarnya, tidak timbul isu di mana ekonomi Malaysia dikawal sepenuhnya oleh China ataupun Malaysia menjual negara kepada kuasa asing seperti yang cuba ditakut-takutkan oleh sesetengah pihak. Ini kerana projek-projek China ini meningkatkan pembangunan ekonomi negara dan membuka peluang pekerjaan yang sangat banyak. Di samping itu, tender-tender juga diserahkan kepada kebanyakan syarikat-syarikat tempatan.

Memang benar, ada juga sesetengah projek diserahkan kepada syarikat-syarikat China kerana keperluan tenaga dan kepakaran yang berkelas dunia seperti projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang. Tidak banyak syarikat dari Malaysia yang mempunyai kepakaran teknikal yang bertaraf tinggi untuk mengendalikan pembinaan tersebut.

China
Jambatan kedua Pulau Pinang

Namun, majoriti tender projek-projek mega diserahkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan. Ini boleh dilihat apabila kerajaan mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 30% tender kejuruteraan akan diserahkan kepada kontraktor tempatan bagi pembinaan East Coast Rail Link (ECRL).

Sumber foto : The Star Graphics

Bagi pembinaan laluan kereta api elektrik yang menghubungkan Gemas dengan Johor Bharu pula, 50% tender pembinaan diserahkan kepada syarikat-syarikat Malaysia. Pendek kata, ini adalah situasi win-win bagi Malaysia dan China. Tiada istilah mereka rampas ‘periuk nasi’ rakyat Malaysia dan sebagainya.

China
Najib Razak dan Presiden Xi Jinping

Natijahnya, pelaburan-pelaburan China di Malaysia pastinya merancakkan lagi pembangunan ekonomi di negara ini. Dijangkakan tahap ekonomi pada tahun ini akan meningkat melebihi 4.5% dan nilai ringgit naik sebanyak 5% hingga 8%. Apa-apapun, kunci terpenting kejayaan ini adalah membuatkan negara pimpinan Xi Jinping itu kekal yakin dengan potensi ekonomi Malaysia.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here