Dunia sekarang secara keseluruhannya hampir dikuasai oleh mesin robot, kita lihat saja negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Mereka telah berjaya mencipta pelbagai pembaharuan dan pembangunan teknologi yang akan menjalankan fungsi dengan hanya menekan satu butang ‘start’. Bagaimana dengan selipar canggih??

 

selipar canggih
Nissan Motor’s self-parking slipper is seen in this handout photo which was released on January 25, 2018, in Japan. Nissan Motor/Handout via REUTERS ATTENTION EDITORS – THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. NO ARCHIVE. NO RESALE

Kita lihat, hari ini Jepun yang dikenali dengan pembangunan teknologinya sangat hebat dan dikagumi oleh seluruh dunia. Beberapa tahun lepas Jepun telah mencipta robot yang mampu membuat kerja-kerja rumah, “eh robot ni dah ambil alih kerja suri rumah pulak? hehe..tapi itu lah kehebatan Jepun dalam bidang teknologi.”

Hari ini juga Jepun sekali lagi menunjukkan kehebatan mereka mencipta sesuatu yang bakal membuat anda menarik nafas lega dan tersenyum lebar.

“Haaa… lepas ni kita tak perlu buat semua kerja lagi, dah boleh terus duduk kat sofa”..

selipar canggih

ProPilot Park Ryokan membuat satu keunikan dengan menggabungkan layanan teradisional bersama layanan teknologi hebat. Jepun telah menyediakan perkhidmatan bilik yang dilengkapi dengan selipar bergerak sendiri.

“Memang sesuai la untuk orang yang selalu rasa malas nak susun selipar kat rumah tu haha..sorry tergelak pulak, jangan marah tau..gurau jerr”

Nissan yang dilengkapi sensor berteknologi tinggi dan kamera canggih. Teknologi ini membolehkan kereta parkir secara automatik dan lebih selamat sekiranya kita meragui untuk melakukannya secara manual.

Kecanggihan tersebut telah digunakan dalam sepasang selipar yang direka khas untuk kegunaan di sebuah Hotel di Jepun. Selipar akan bergerak dengan hanya menekan satu butang, dan kita akan melihat selipar itu bergerak dan tersusun dengan lebih rapi.

selipar canggih

“Pemacu untuk mengaktifkan teknologi boleh dilakukan dengan menekan butang. Tapi ia perlu ditekan sepanjang masa, jika tidak ia akan berhenti. Tidak seperti ‘Tesla Model S’ yang berkonsepkan hands-free. Pemandu juga boleh menekan break jika perlu,” jelas kenyataan Nissan.

Tambahan lagi, bukan hanya pada selipar sahaja kecanggihan ini berfungsi, tapi turut diletakkan pada kusyen lantai dan meja rendah tradisional Jepun. Bersesuaian dengan budaya Jepun supaya perabot tersebut mampu tersusun sendiri.

Selipar canggih ini juga boleh digunakan bermula pada Mac ini dan secara tidak langsung pasti ramai yang akan merasai pengalaman menarik menggunakan selipar bergerak sendiri.

“Selipar dicipta bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai teknologi pandu sendiri/automatik,” kata Nick Maxfield, jurucakap Nissan.

Lihat video pendek bagaimana selipar bergerak ini berfungsi dapat menarik perhatian orang ramai..

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

sumber : mynewshub

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here