ISBSF

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meluluskan permohonan 61 syarikat perkhidmatan bas bagi menyertai Skim Dana Sokongan Sementara Bas Henti-Henti (ISBSF).

ISBSFPemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata IS BSF diwujudkan kerajaan pada 2012 bagi membantu menampung kos operasi harian syarikat terbabit, berikutan kerugian dialami disebabkan sebahagian laluan mereka tidak menguntungkan.

ISBSF

Loading...

Katanya, kerajaan memberi perhatian terhadap isu itu kerana kebanyakan laluan yang terbabit terletak di luar bandar dan perkhidmatan itu masih diperlukan oleh penduduk untuk meneruskan akvititi harian mereka.

“ISBSF diwujudkan kerajaan untuk memastikan syarikat pengendali bas henti-henti, terutama di kawasan luar bandar tidak menamatkan perkhidmatan kerana peningkatan kos dan kerugian yang dialami kerana laluan terbabit kurang penumpang.

BACA JUGA :   Penduduk Labis Kini Boleh Menikmati Kemudahan BMJ

ISBSF

Usaha ini dilihat dapat membantu syarikat bas henti-henti untuk meneruskan operasi di kawasan luar bandar dan pengguna di kawasan berkenaan tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan khidmat pengangkutan bas henti-henti.

ISBSF

Dalam pada itu, menurut beliau lagi, sebuah syarikat yang beroperasi di Simpang Pertang di Jelebu, Gopi Travel Tours(GTT), adalah syarikat ke- 61 yang diluluskan SPAD bagi menyertai skim ini.

ISBSF

Skim ini dilihat dapat membantu para pengusaha syarikat bas henti-henti menampung kos kerugian yang berlaku akibat kekurangan penumpang.

 

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   Skandal Felda Contoh Kaedah "Rompak" Duit Kerajaan - Tun M

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here