Di zaman ekonomi yang serba mencabar ini, pastinya ramai di antara kita yang mencari peluang-peluang untuk menambah pendapatan sampingan. Ada yang cuba bermacam-macam cara, antaranya masuk MLM, buat kerja part-time, berniaga di pasar malam dan sebagainya. Namun, kadangkala kerja-kerja sampingan ini agak memenatkan dan merumitkan.

Warisan Cookies Bonda

Jadi di sini kami ingin berkongsi kepada anda satu cara yang mudah untuk menambah pendapatan sampingan.  Haaa macam mana tu ? Kalau nak tahu jom baca dengan lebih lanjut.

Warisan Cookies Bonda kini menawarkan peluang yang cukup bernilai kepada anda, suri rumah ataupun sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi salah seorang daripada agen mereka. Cukup mudah, tugas anda hanyalah mempromosikan dan menjual  cookies-cookies enak mereka kepada pelanggan anda.

Warisan Cookies Bonda ini sememangya merupakan pengeluar cookies yang cukup terkenal. Pergi ke mana-mana sahaja memang berebut-rebut orang yang mahu membeli cookies mereka. Baiklah, kami tak mahu celoteh panjang, jom kita lihat apakah keistimewaan-keistimewaan yang bakal anda perolehi apabila menjadi agen Warisan Cookies Bonda.

Pertamanya, anda akan sentiasa diberikan hadiah berbentuk hamper sebagai tanda penghargaan. Bukan itu sahaja, pada bulan Ramadan anda akan diberikan wang tunai berbentuk bonus apabila berjaya mencapai sasaran jualan. Anda juga tidak perlu risau kerana anda diberikan banting dan banyak flyers percuma bagi memudahkan anda mempromosikaan cookies kepada pelanggan.

Warisan Cookies Bonda
Pelbagai manfaat eksklusif diberikan kepada agen

Di samping itu, akan juga akan mendapat informasi secara langsung tentang perkembangan terkini daripada Warisan Cookies Bonda. Yang paling menarik adalah anda akan sentiasa mendapat potongan harga eksklusif setiap kali anda memborong cookies mereka.

Saban tahun, cookies yang dihasilkan mereka mendapat permintaan yang cukup tinggi daripada pelanggan. Jadi apa yang istimewa sangat dengan cookies daripada Warisan Cookies Bonda ini yang membuatkan orang berpusu-pusu nak beli ?

Antara tarikan utama adalah harganya yang sangat murah dan berpatutan. Bayangkan, biskut-biskut enak itu hanya dijual dengan harga RM18 satu balang. Memang payah nak dapat harga macam ni kalau dekat tempat lain. Lagi satu, balang-balang yang disediakan mempunyai corak yang cukup cantik. Jadi, dah tak perlu nak beli bekas-bekas yang mahal untuk hidangkan cookies-cookies tersebut. Boleh hidangkan dalam balang tu terus. Senang pun senang.

Warisan Cookies Bonda
Cookies enak dengan harga berpatutan datang dalam bekas yang menarik,

Paling penting, keenakan dan kelazatan biskut-biskut Warisan Cookies Bonda ini ternyata lain daripada yang lain. Setiap biskut diadun mengikut resipi tersendiri yang diwarisi turun temurun. Ramuan-ramuan yang digunakan sangat bermutu tinggi. Itu yang membuatkan keaslian rasa biskut mereka kekal terpelihara. Ditambah dengan aneka warna dan rasa yang berbeza, sekali makan pasti rasa nak lagi.

Warisan Cookies Bonda
Adunan biskut menggunakan resipi tersendiri.
Warisan Cookies Bonda
Pelbagai jenis biskut boleh didapati

Jadi, inilah peluang terbaik buat anda untuk menambahkan pendapatan sampingan. Daripada masa terluang dihabiskan begitu saja, rebutlah peluang menjadi agen Warisan Cookies Bonda untuk menjana pendapatan lumayan. Bagi yang berminat atau ada sebarang pertanyaan, cepat-cepat hubungi Puan Liza di talian 013-9146166 atau layari page Facebook mereka di pautan ini.  Pastikan anda hubungi segera agar peluang ini tidak terlepas begitu sahaja.

Warisan Cookies Bonda

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here