Polis telah merakam percakapan seorang guru dan suaminya yang dipercayai menuduh seorang pelajar tingkatan dua mencuri telefon bimbit hingga mengakibatkan pelajar berkenaan menggantung diri.

gantung diri
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supritendan Shafee Abd Samad berkata, guru berusia 46 tahun dan suaminya, 48 tahun dirakam percakapan selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa berhubung kejadian itu.

Menurutnya, selain itu kira-kira 30 saksi termasuk dua pasangan itu telah dirakam percakapan oleh pihak polis.

“Kita telah rakam percakapan selepas satu laporan polis dibuat oleh orang yang tidak berpuas hati (keluarga). Malah siasatan kita telah lengkap dan masih tunggu timbalan pendakwa raya tentukan berhubung kesalahan yang dilakukan,” katanya.

BACA JUGA :   PENGETUA BERTOPENGKAN SYAITAN LIWAT PELAJAR

Pada 24 Januari lalu, pelajar tingkatan dua dipercayai cuba membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan sari di biliknya selepas tertekan kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Kejadian disedari bapanya yang bergegas membawa remaja itu ke hospital untuk rawatan.

Bagaimanapun remaja berusia  14 tahun  itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ)  selepas dirawat sejak 24 Januari lalu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan hospital mengesahkan kematian pelajar itu adalah disebabkan gantung (gantung diri).

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

BACA JUGA :   KECOH! Guru Berdemo Desak Pengetua Ditukarkan Ke Sekolah Lain Kerana…

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here