Mungkin sudah jemu dengan sikap sesetengah orang yang sering memberi kritikan negatif kepadaya di laman sosial hari ini Tajul memberi respond kepada golongan ‘haters’ yang tidak menyukai dirinya. ‘Haters’ memberi komen-komen negatif kepada mana-mana artis dengan pelbagai tuduhan dilemparkan menerusi media sosial.
Menurut Tajul, 20, terdapat beberapa individu yang dilihat sering melempar pelbagai tuduhan di laman sosial berhubung dirinya, namun mereka itu hanyalah menggunakan akaun palsu tanpa gambar sebenar bagi mengelakkan diri diketahui.
“Saya bukanlah bersifat cepat melenting kepada orang walaupun menerima pelbagai kritikan. Biasalah, sebagai artis baharu juga, saya anggap setiap komen yang mereka lontarkan adalah satu cara bagaimana saya memperbaiki diri.
Bagaimanapun, berkenaan pemilik akaun yang Tajul bahaskan pada lama sosial merupakan individu sama yang gemar membuat pertuduhan terhadap beliau. Pertuduhan terbaharu dilemparkan kepada Tajul iaitu sebagai ‘playboy’ atau seorang lelaki yang suka bertukar-tukar pasangan dan bermacam-macam lagi.
Tajul juga mula membuka mulut apabila tuduhan yang dibuat oleh ‘haters’ sudah melampau dan merupakan fitnah.
“Kalau sudah difitnah seperti itu, takkan saya boleh berdiam diri lagi. Jika terus berdiam maka lama-kelamaan orang akan mula percaya apabila melihat saya tidak melakukan apa-apa untuk mempertahankan diri,” katanya.
Tajul yang dikenali dengan nyanyian duet bersama penyanyi Wani Hasrita dengan lagu bertajuk ‘Di Sana Cinta Di Sini Rindu’ memberitahu bahawa komen-komen yang dilihat keterlaluan akan dipadam daripada terus berada di ruangan komen.
Tambah beliau lagi, golongan yang digelar #cerdikkidgeli, sudapun disekat dan bersyukur kerana hanya terdapat dua hingga tiga orang saja yang bersifat seperti itu.
“Rasa seperti sudah lama tidak melayani ‘haters’ ni, sekali sekala tu biarlah mereka hadam pula. Bukan selalu pun! Kalau dia buat kita panas maka kita bagi dia terbakar membuak-buak pulak,” ujarnya lagi.
Pesanan ibunya juga sering menjadi ingatan supaya membiarkan saja orang-orang yang cuba menjatuhkan dirinya, dan menganggap orang-orang seperti itu sebagai orang yang mengalami kekecewaan dalam kehidupan. Malah, Tajul juga menyatakan orang seperti itu sangat kasihan.
“Bagi saya, kalau dia betul-betul mempunyai rasa tidak puas hati, saya mengalu-alukan untuk individu tersebut menghantar DM pada Instagram saya. Mana tahu penyalit hatinya itu dapat berkurangan,” tambahnya lagi.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : BH