Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mahu membebankan rakyat dengan lambakan tol di jalan raya. Meskipun berkata demikian, hakikatnya sebanyak 6 tol baru akan ditambah di lebuhraya sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2020.

lebuhraya
Sumber foto : MyNewsHub

6 tol tersebut akan ditambah di dua lebuhraya yang bakal siap nanti iaitu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE). Berikut merupakan lokasi bagi 3 tol di DASH :

Loading...

lebuhraya

-Denai Alam

-RRIM

-Mutiara Damansara

Manakala, ini pula lokasi 3 tol bagi SUKE :

-Alam Damai

-Bukit Teratai

-Ampang

DASH dan SUKE akan menghubungkan kawasan-kawasan yang selalunya sesak dengan rangkaian lebuhraya sedia ada di Kuala Lumpur. DASH ke Shah Alam dan Batu Arang manakala SUKE ke Sungai Besi, Cheras, Pandan, Ampang dan Ulu Klang.

BACA JUGA :   Pampasan Akan Dibayar Oleh Kerajaan Berkaitan Pemansuhan 4 Tol

lebuhraya

Ini sememangnya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat. Pada minggu lepas, Najib Razak lantang mengecam tindakan bekas Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir yang banyak meletakkan tol di jalan raya di Malaysia.

“Dia (Tun Mahathir) sangat sukakan tol. Saya tak suka tol, sebab itulah Lebuhraya Pan-Borneo tiada tol dan semua tol di Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam dan Eastern Dispersal Link sudahpun dimansuhkan”, ujar beliau.

lebuhraya
Sumber foto : Free Malaysia Today

Najib Razak juga menjelaskan bahawa beliau akan cuba memansuhkan tol selagi yang boleh kerana beliau berpendapat tol yang perlu dibayar setiap hari akan membebankan hidup rakyat.

Tidak dapat dinafikan, DASH dan SUKE dijangka dapat mengurangkan kadar kesesakan, namun dengan penambahan 6 tol di kedua-kedua lebuhraya, pastinya tidak semua rakyat akan gembira dengan perkara itu.

BACA JUGA :   Pampasan Akan Dibayar Oleh Kerajaan Berkaitan Pemansuhan 4 Tol

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here