Kali ni netizen dihiburkan lagi dengan satu tarian Panama Dance oleh kakitangan JPJ Perlis dan ia mula tular di laman facebook. Kerja tu perlulah serius sangat pada setiap masa? Kadang-kala kena juga melakukan senaman yang dapat merehatkan minda kita ni.
Lagu panama yang dinyanyikan oleh penyanyi Amerika Latin bernama Matteo telah menjadi satu lagi trend masyarakat kita pada hari ini. Jika melihat video-video pendek yang dimuatnaik oleh pelbagai masyarakat, kesemuanya menggunakan panama dance tersebut.

Baru-baru ini sebuah video menunjukkan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan Perlis (JPJ) membuat panama dance yang diketuai oleh pengarah mereka sendiri, menari sakan dalam babak-babak pendek menerusi lagu popular tersebut.
Video tersebut mendapat tontonan 321, 000 dan mendapat 21,000 ‘Likes’ di facebook, walaupun baru dimuatnaik dalam tempoh 4 jam. Wah! Panama dance ni mampu menarik perhatian darip pelbagai peringkat umur, malah semakin serasi dengan masyarakat umum.
Menerusi video tersebut juga, ‘follower’ laman facebook JPJ Perlis telah melonjak naik kepada 14,000 dalam tempoh masa yang begitu singkat.
Video tersebut agak baik dan mendapat pujian masyarakat kerana kreativiti mereka melakukan panama dance menunjukkan pelbagai latar belakang digunakan dan itu bukan satu perkara mudah jika tiada kerjasama dari kesemua mereka dalam video berkenaan.

Koreografer dan koreografi tarian dikatakan sangat professional serta penglibatan kakitangan daripada pelbagai jawatan turut mendapat pujian netizen yang teruja dan kagum dengan sikap mesra ditunjukkan oleh kakitangan JPJ itu.
Bagi mereka yang mempunyai bakat dan kreativiti terpendam selepas ini bolehlah membuat rakaman seumpama panama dance jangan biarkan ia terkubur, keluarkan idea dan cuba persembahkan sebagai hiburan umum.
Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : mynewshub