matematik

Pencapaian teknologi yang kita lihat hari ini sungguh hebat-hebat belaka. Telefon pintar kelauaran Apple, iaitu iphone sememangnya diciptakan dengan keistimewaannya tersendiri berbanding yang lain sehingga ramai yang mahu memilikinya secepat mungkin.

 

Satu perkongsian yang membuatkan anda buka buku Matematik tetapi belum tentu ada dapat mejawabnya, kalau tak percaya baca dan faham terlebih dahulu, kemudian diakhir nanti gunakan kepakaran Matematik anda.

Perkonsian ini bermulanya terjadi di Shanghai, China, yang mana seorang kanak-kanak telah membuatkan telefon pintar ibunya terkunci selama 47 tahun. Bagaimana pendapat anda tentang kejadian ini? Satu tempoh yang agak lama bukan? Kalau guna formula Matematik dapat kira tak?

Sesetengah pengguna iPhone mungkin pernah melalui perkara ini apabila gajet canggih itu terkunci ia perlu menunggu selama lima hingga 15 minit.

Sebuah iPhone milik seorang ibu itu terkunci apabila dia memberikan telefon tersebut kepada anaknya kerana anaknya itu mahu melihat video dalam talian. Selepas memberikan iPhone tersebut dan terus meninggalkan kepada anaknya yang masih kecil itu.

BACA JUGA :   Baru Beberapa Hari Dilancarkan, iPhone Baharu Dah Pun Ada Masalah

Semasa ditinggalkan iPhone tersebut terkunci menyebabkan kanak-kanak itu menekan kata laluan yang salah berulang kali, dan tindakan tersebut menyebabkan ia terkunci selama 47 tahun.

Sejurus seorang ibu itu pulang ke rumah dan mengambil semula iPhone yang ditinggalkan kepada anaknya, dia mendapati telefon itu terkunci selama 27 juta minit untuk dibuka semula.

Apabila persoalan ditanyakan  berkenaan perkara tersebut benar-benar terjadi atau tidak, seorang juruteknik di sebuah kedai Apple di Shanghai, Wei Chunlong berkata, dia pernah berdepan dengan masalah yang sama dan terkunci selama 80 tahun.

Berhubung masalah tersebut, Wei memberi dua pilihan kepada wanita tersebut sama ada menunggu sehingga masa itu tiba ataupun membuat penghapusan  data perisian kemudian memasukkan perisian yang baharu.

BACA JUGA :   Apple Cegah Ketagihan Gajet dengan Kemas kini iOS 12

Wanita yang hanya dikenali sebagai Lu, memilih untuk menunggu sehingga iPhone tersebut pulih dengan sendirinya. Jikalau anda, bagaimana? Nak Tunggu tak?

Keputusan itu diambil kerana terlalu banyak data yang tersimpan dalam Iphone tersebut, dan dia tidak mahu untuk mengisi perisian baharu, namun mengakui juga bahawa dia tidak akan menunggu selama 47 tahun itu.

Cerita tersebut semakin tular di China dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen berhubung perkara tersebut.

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here