rabun mata

Mata adalah anugerah kurniaan Ilahi yang sungguh bermakna. Tidak semua orang merasai nikmat ini dalam dirinya. Ada antara kita yang nikmatnya telah ditarik sedikit demi sedikit. Hampir setiap hari penglihatan mata semakin kabur.

rabun mata

Anda perlu menggunakan bantuan Cermin mata untuk melihat dengan lebih jelas. Pakai cermin mata bukanlah mudah seperti ramai sangka. Ramai orang yang tak rabun ingat pakai cermin mata nampak cool dan cantik.

Semakin maju dan padat sesebuah negara itu dengan teknologi, makin meningkat statistik mereka yang mengalami masalah rabun kerana kurangknya kesedaraan tentang penjagaan mata. Zaman sekarang, kanak-kanak yang masih muda juga sudah mula mengenakan cermin mata. Masalah penglihatan boleh dirawat dan dicegah dengan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti lobak merah, betik dan mangga. Sesekali, lakukan urutan mata di kening, tengah kening, antara dua kening, di hujung mata dan di bawah mata.

rabun mata

Tips untuk mengurangkan Rabun mata

#1. Kurangkan Melihat Paparan Skrin Yang Berterusan (Rehatkan Mata) 

Sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit lihat ke arah objek yang jaraknya 3 meter lebih kurang. Lihatlah apa saya yang jarak 3 meter, lebih baik tengok alam semulajadilah macam pokok. Pandang dalam 3 minit sebelum mata kembali tengok skrin komputer. Jika baca buku pun boleh ikut cara ini.

Jangan main permainan video seperti playstation, Xbox dan sebagainya. Cuba kurangkan had bermain seperti 2 kali seminggu dan tak lebih dari 1 jam, kemuadian kurangkan lagi kepada 1 minggu 1 kali sahaja. Permainan ini memberi ketegangan yang tinggi pada mata, jika dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan mata.

#2. Buat Senaman Mata

Senaman-senaman mata mudah ini boleh bantu kurangkan risiko rabun dan masalah mata yang lain. Cuba senaman-senaman mata ini pada waktu pagi, sebelum tidur dan bila-bila masa mata kita letih. Pastikan tangan anda bersih dan relaks. Amalkan senaman ini setiap hari untuk nampak hasil dalam masa satu bulan.

@Panaskan mata anda.
Gosok dua tapak tangan bagi sedikit panas. Letakkan pada mata dalam masa 5 saat.          Ulang 3 kali.

rabun mata

@‘Roll’ mata anda.
Mulakan dengan memandang ke atas, perlahan-lahan pandang membulat ke arah jam       10 kali dan 10 kali melawan arah jam.

@Fokus.
Pegang pen mendepa ke hadapan, fokus mata pada pen itu. Kemudian, perlahan-lahan      gerakkan pen mendekati muka sehingga jarak 6 inci dari hidung. Kemudian jauhkan ia        semula. Ulang sehingga 10 kali.

@Urut Kepala.
Guna ibu jari, urut tepi kepala dalam bulatan kecil. 20 kali dalam satu arah, 20 kali lagi      pada arah berlawanan. Ulang urutan pada tengah kening di dahi dan bawah mata pada      kedua dua belah tepi hidung.

@Lelapkan mata sekejap.
Sandarkan kepala, tutup mata dan relaks untuk 3 minit. Jangan tertidur sudah le.

rabun mata

#3. Pengambilan Nutrisi Seimbang 

Pengambilan Vitamin A, C, E dan beberapa jenis mineral seperti copper dan zink bagus untuk mata. Antioksidan termasuk beta-keroten, lutein dan zeaxanthin boleh lindungi makula dari dirosakkan oleh cahaya matahari.Dapatkan antioksidan ini dari sayuran hijau, kuning telur, cili benggala, labu, ubi manis dan lobak merah.

Sayuran tadi kebanyakannya dari yang berwarna kuning dan hijau. Kajian mendapati sayur berwarna kuning dan hijau bantu lambatkan masalah penuaan mata yang boleh jadi penyebab kepada buta.

Makanan yang tinggi sulfur, cysteine dan lecithin boleh lindungi kanta mata dari katarak. Contoh makanan-makanan ini adalah bawang putih, bawang merah dan buah zaitun.

Jangan biarkan mata anda dalam keadaan ‘stress’. Dengan cara memaksa mata anda. Wahal, mata anda perlukan rehat secukupnya. Hargai mata anda. Jangan sampai nikmat keistimewaan ini ditarik.

Mata adalah anugerah kurniaan Ilahi yang sungguh bermakna. Tidak semua orang merasai nikmat ini dalam dirinya. Ada antara kita yang nikmatnya telah ditarik sedikit demi sedikit. Hampir setiap hari penglihatan mata semakin kabur.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai berita ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber: Tips Sihat Selalu

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here