Bersumberkan kepada kepakaran yang dimiliki oleh anak kelahiran Malaysia, Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, 36 tahun, Rusia telah menjemput beliau untuk berada di Rusia bagi memberi kuliah dalam bidang isu maritim di negara tersebut.

Loading...

Bukan sahaja mewakili negara Malaysia, malah mewakili Asia tenggara yang pertama menerima jemputan ke Rusia untuk menjadi pensyarah jemputan di School of Law, Far Eastern Federal University (FEFU), di Vladivastok, Rusia.

Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli, dijemput ke FEFU itu adalah sebagai pensyarah pelawat atas kepakaran beliau dalam undang-undang laut antarabangsa terutama di bahagian Selat Melaka dan Singapura. Kepakaran beliau diperlukan bagi mengembangkan sistem undang-undang laut di negara tersebut.

“Bermula daripada kajian PhD saya berkenaan alam sekitar marin dan navigasi antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Singapura, pihak FEFU mula tertarik mengembangkan perundangan antarabangsa dan penjagaan sekitar di Lautan Artik,” ujar Dr. Mohd Hazmi yang juga merupakan pensyarah kanan undang-undang di Universiti Sains Isalam Malaysia (USIM).

BACA JUGA :   OIC Sebulat Suara Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Palestin

Rusia

Tambah Dr. Mohd Hazmi lagi, sebuah buku telah diterbitkan menerusi kajian undang-undang laut yang telah berjaya sebelum ini, dan hasil tersebut telah menjadi satu tiket bagi beliau untuk berada di Rusia.

Hasil kajian lepas beliau juga akan dikembangkan terus ke negara Rusia, disamping itu beliau juga akan berpeluang untuk mengembangkan lagi kajian dan berkaitan  undang-undang laut antarabangsa ketika berada di Rusia.

Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli yang merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata ia satu kepercayaan besar yang diberikan oleh FEFU dan itu adalah satu penghormatan kepada sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

Selain itul, Rusia sangat mengagumi negara Malaysia kerana bukan sahaja sebuah negara maritim yang besar tetapi kita juga berupaya menunjukkan kita mampu mengawal aktiviti perkapalan dan melindungi alam sekitar kawasan Selat Melaka.

BACA JUGA :   Laungan ‘Selamatkan Baitulmaqdis’ Bergema Di Depan Kedutaan AS

“Tanpa kepakaran daripada Malaysia, akan ada gangguan pada ekonomi dunia kerana Selat Melaka merupakan antara laluan perkapalan yang tersangat sibuk di dunia,” tambah Dr. Mohd Hazmi yang telah dijemput sebanyak empat kali berturut-turut di FEFU.

Rusia

Teruskan layari Deenamik.com dan like FB page Deenamik untuk dapatkan info-info terkini serta isu-isu viral dari dalam dan luar negara.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here