Tiada harta yang lebih bernilai di dunia ini selain kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Namun, satu tragedi memilukan hati apabila seorang lelaki warga Indonesia bertindak menyembelih ibunya sendiri kerana tidak mendapat sejumlah wang 500,000 rupiah.
Kejadian itu berlaku di kawasan sawa padi di daerah Kebumen, Jawa Tengah. Pesalah yang dikenali sebagai Sumudi mula bertindak agresif dan mengugut bunuh apabila ibunya tidak mahu memberi duit yang diminta olehnya. Disebabkan rasa takut wanita itu berlari ke tengah sawah untuk meninggalkan anaknya.
Tetapi Sumudi bertindak mengejar dan menyebabkan wanita itu terjatuh. Apabila berjaya mendapatkan wanita itu, lehernya ditetak berkali-kali sehingga putus di tempat kejadian berlaku.
Menurut seorang saksi yang melihat kejadian itu, selepas permintaan Sumudi tidak dituruti, tiba-tiba Sumudi mengeluarkan parang dari dalam sebuah beg dan terus memotong leher ibunya menggunakan parang yang dikeluarkan itu.
Namun begitu, ramai juga yang menyaksikan tragedi tersebut tetapi tidak mampu berbuat apa-apa tindakan kerana takut dengan si pelaku pada ketika itu sedang memegang parang. Mereka takut untuk mendekatinya kerana bimbang akan tindakan diluar jangkaan pemuda tersebut.
Jenazah wanita tersebut kemudian dibawa oleh pihak polis ke sebuah hospital berhampiran untuk menjalankan proses pembedahan lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kebumen, Komisioner Arief Bahtiar, berdasarkan siasatan polis suspek pernah menghidap gangguan mental sebelum ini. Malah penduduk sekitar juga yang mengenali Sumudi mendakwa suspek berkenaan memang terkenal dengan sikap panas baran selain sering memarahi ibu dan adik kandungnya jika tidak mendapat wang yang diminta.
Suspek berkenaan juga berjaya ditahan sehari selepas kejadian, ditemukan ketika sedang berbasikal di daerah tersebut pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan, Sabtu lalu.
Ketika disoal siasat tentang tindakan kejam terhadap ibunya sendiri, suspek langsung tidak menyesalinya walau sedikit kerana ia dilakukan dalam keadaan sedar atau waras.
Bukti turut berjaya ditemukan oleh pihak polis antaranya ialah sebilah parang yang digunakan ketika menetak ibunya, beg suspek, baju dan juga basikal milik suspek. Kemudian suspek juga dihantar ke pusat pemerikasaan mental kerana mempunyai sejarah sakit mental sebelum ini.
Sumudi berkemungkinan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai promosi menarik ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.
Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com
sumber : mynewshub