Pelumba-pelumba motosikal haram, atau lebih dikenali sebagai Mat Rempit adalah salah satu punca mengapa para pelancong takut untuk melawat kota Kuala Lumpur, menurut laporan daripada New Straits Times.

Mat Rempit
Lambakan Mat Rempit di Kuala Lumpur

Pada Ahad malam terutamanya, golongan mat-mat rempit akan berkumpul di jalan sekitar Dataran Merdeka, menyebabkan suasana menjadi bising dan menimbulkan perasaan takut kepada para pelancong yang berada di kawasan tersebut.

Loading...

Tambahan pula, sebilangan besar anak-anak muda turut berhimpun di laluan pejalan kaki untuk menyaksikan perlumbaan haram itu. Pelbagai aksi merbahaya dipamerkan oleh para pelumba untuk menunjukkan kehebatan mereka sementara menunggu perlumbaan bermula.

Mat Rempit
Jalan sekitar Dataran Merdeka sering menjadi tumpuan Mat Rempit

Perkara itu sememangnya mengganggu ketenteraman pelancong yang mengunjungi bangunan Sultan Abdul Samad. Akibatnya mereka tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya untuk bergambar di bangunan tersebut.

BACA JUGA :   ‘Play Centres’ Tempat Sesuai Untuk Ibu Bapa Luangkan Masa Bersama Anak-Anak

Seorang Mat Rempit yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, mendedahkan bahawa mereka akan berlumba ke Chow Kit dan kembali ke Dataran Mereka melalui Jalan Pahang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Dia yang bekerja sebagai seorang ‘office boy’ berkata memang sudah menjadi rutin baginya untuk pergi ke Dataran Merdeka setiap Jumaat dan Ahad untuk ‘aksi’ tersebut. Pada Sabtu pula, dia akan pergi ke ‘port’ lain, salah satunya di Serdang.

Mat Rempit

“Hari Sabtu jalan selalu sesak lepastu banyak roadblock. Sebab itulah kami selalu race hari Ahad, itu pun kalau takde roadblock”, katanya.

Bukan setakat di Dataran Merdeka sahaja, jalan sepanjang Jalan Raja Laut hinggalah ke persimpangan Jalan Tun Perak juga turut menjadi tempat golongan Mat Rempit berpesta dan berlumba sesuka hati.

BACA JUGA :   Ini Jumlah Pendapatan Yang Anda Perlukan Untuk Beli Rumah Pada Zaman Sekarang

Diharapkan pihak berkuasa dapat memantau perkara ini bagi memastikan ketenteraman rakyat tempatan dan juga pelancong terjaga daripada gangguan Mat Rempit.

Untuk tidak terlepas sebarang informasi mengenai isu ini, pastikan anda sentiasa layari Deenamik.com dan like FB Page Deenamik.

Berminat untuk iklan atau artikel anda dipaparkan di laman Deenamik ? Hubungi kami di admin@deenamik.com

Sumber : New Straits Times

Facebook Comments

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here